PUTRAJAYA selain menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, kini turut menjadi pilihan bagi lokasi perkahwinan kepada pasangan pengantin.Kelebihan bandar pintar ini, yang mempunyai rekabentuk bangunan yang cantik dan unik selain kurangnya masalah kesesakan lalu lintas, mempengaruhi pasangan pengantin mengadakan majlis bersejarah atau mengabdikan kenangan dengan mengambil gambar berlatarbelakangkan keindahan tersebut.Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya (MTPP) Junus Suhid yang mengesahkannya berkata bangunan pejabat Perdana Menteri, Palace of Justice, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan pejabat kerajaan lain bukan sahaja menjadi daya tarikan kepada pelancong asing dan tempatan malahan pasangan pengantin baru sempena hari bersejarah mereka.Begitu juga dengan keindahan prasarananya seperti jambatan dan jalan raya menjadi lokasi pilihan."Saya sendiri pernah terserempak dengan beberapa pasangan pengantin termasuk dari Singapura yang datang ke mari untuk mengambil gambar."Ini menunjukkan Putrajaya bukan sahaja menjadi tarikan kepada pelancong domestik tetapi juga dari negara jiran", katanya pada persidangan akhbar sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009 di sini, baru-baru ini.Lokasi perkahwinan dan bulan maduMenurut Junus, pelbagai tempat di Putrajaya seperti Kompleks Perbadanan Putrajaya, PICC, Taman Warisan Pertanian dan dewan orang ramai menyediakan lokasi dan kemudahan yang sesuai untuk majlis perkahwinan.Pasangan pengantin juga mempunyai pilihan jika ingin mengadakan majlis bersejarah mereka di hotel kerana terdapat beberapa hotel di sini yang menyediakan pakej yang menarik."Banyak acara perkahwinan telah diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Tidak kurang juga di hotel seperti Hotel Pullman, Shangrila dan dewan orang ramai."Terdapat banyak tempat yang sesuai untuk menganjurkan majlis perkahwinan", katanya.Begitu juga Cruise Tasik Putrajaya, antara tarikan utama di Putrajaya yang menyediakan perkhidmatan feri dan perahu bagi menikmati pemandangan indah Putrajaya dari tasik, juga sesuai untuk majlis perkahwinan dan berbulan madu melalui pakej yang ditawarkan.Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009Junus berkata penganjuran pesta tersebut buat julung kalinya adalah sebagai usaha mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi perkahwinan dan bulan madu bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan malahan pelancong asing.Katanya pesta anjuran MTPP selama dua hari barubaru ini menampilkan aspek berkaitan majlis perkahwinan seperti katering, kad, kek, pelamin, busana, fotografi, hantaran dan pakej bulan madu.Sebanyak 50 buah syarikat tempatan menyediakan perkhidmatan dan produk berkaitan perkahwinan menyertai pesta tersebut.Katanya pameran perkahwinan kaum utama di Malaysia dan seminar berkaitan sajian, kesihatan keluarga serta perancangan perkahwinan turut diadakan selain menampilkan tukang masak terkenal, Chef Wan dan perancang perkahwinan yang popular, Pak Abu bagi memberikan ceramah berkaitan bidang masing-masing.Sambutan luar jangkaanBagaimanapun, ketika ditemui Ahad lepas (hari terakhir pesta perkahwinan), Junus berkata, sambutannya adalah di luar jangkaan apabila hampir 40,000 pengunjung termasuk pelancong dari China, Hong Kong, Taiwan dan Perancis hadir pada pesta tersebut, yang melepasi sasaran awal.Katanya konsep pesta ini yang bertemakan pelancongan telah menarik minat orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini dan pakej perkahwinan yang ditawarkan. Pengisian yang menyeluruh juga daripada pelbagai aspek perkahwinan seperti busana, pelamin, katering, kad kahwin dan hantaran telah memudahkan lagi pasangan pengantin untuk merancang dengan bijak sebagai persediaan sebelum majlis perkahwinan mereka."Maklumbalas yang diterima daripada peserta pameran menggalakkan apabila banyak tempahan diterima seperti kad kahwin, katering dan sebagainya. Mereka juga tidak menjangkakan sebegitu."Mungkin antara sebabnya ialah promosi yang dilakukan telah sampai kepada sasarannya", katanya. Sehubungan itu, katanya pesta itu akan dijadikan program tahunan memandangkan sambutan yang di luar jangkaan. BERNAMA