"ANAK Sindrom Down mengalami pertumbuhan fizikal dan kognitif yang lambat. Di Kiwanis, kami cuba untuk merapatkan jurang pertumbuhan dan perkembangan ini".Itulah kata-kata Pengarah Pentadbiran Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF), Angie Heng baru-baru ini."Seperti anak-anak lain yang normal, anak Sindrom Down juga perlu diberi peluang untuk belajar. Di KDSF, kami bertekad membantu anak Sindrom Down mencapai potensi maksimum mereka," kata beliau.Menurut Heng, bagi anak Sindrom Down mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk menyempurnakan sesuatu kerja yang dianggap mudah. Tapi mereka tetap belajar dan mampu melakukannya."Kami bermula dengan matlamat untuk memberi peluang kepada anak Sindrom Down bagaimana mengenali diri sendiri dan meneroka kehidupan serta pengalaman hidup."Dalam perjalanan ini, ramai telah membuktikan mereka mampu menerima pembelajaran walaupun memerlukan masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain," kata beliau.TUJUAN, AKTIVITIPusat Nasional KDSF, yang dahulunya dikenali sebagai KDSF Petaling Jaya, ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Kelab Kiwanis Kuala Lumpur.Pusat ini memang komited terhadap kebajikan anak Sindrom Down. Fokus utamanya ialah pembelajaran dan pendidikan anak Sindrom Down yang berumur enam tahun ke bawah.Antara aktiviti KDSF ialah memberi kaunseling kepada keluarga anak Sindrom Down serta pengetahuan kepada umum tentang masalah genetik ini.Yayasan ini juga mempunyai pusat sumber yang komprehensif tentang Sindrom Down serta alat bantuan pendidikan khas. Ia juga memberi latihan kepada pengajar pendidikan khas selain daripada melakukan pembaikan dalam program pendidikan khas.KURIKULUMHeng berkata KDSF mengambil pendekatan kurikulum khas yang mengintegrasikan perkembangan anak Sindrom Down seperti minat, keperluan serta kebolehan mereka. Ini disepadukan dengan kebolehan kognitif dan perkembangan sosial, emosi dan fizikal mereka."Setiap anak Sindrom Down diberi perhatian dan dinilai seperti seorang individu dari segi dan tahap perkembangan serta kematangan mereka. Adalah penting kurikulum kami seiring dengan keperluan perkembangan mereka."Oleh itu program kami disesuaikan dengan memberi panduan pada anak-anak tersebut mengikut tahap fungsi masing-masing dan mengembangkan kebolehan mereka agar dapat mengeksplorasi dunia sendiri dengan secara berdikari," kata Heng.Kata belliau, penglibatan dan sokongan ibu bapa adalah penting bagi program KDSF."Ibu bapa, dengan kerjasama serta bantuan pengajar kami, memainkan peranan penting ke arah kejayaan program KDSF. Mereka memainkan peranan dalam pembelajaran di sekolah serta memperkukuhnya di rumah," kata Heng.PENGAJAR PROFESIONAL KDSFPengajar di KDSF bukan hanya mempunyai kelayakan dalam pengajaran peringkat awal atau pendidikan khas tetapi juga mempunyai motivasi yang tinggi membantu anak Sindrom Down mencapai potensi mereka.Di Pusat Naisonal KDSF, pasukan yang terdiri daripada pakar fisioterapi, terapi kerja dan terapi pertuturan sentiasa memantau perkembangan anak-anak itu dari segi perkembangan serta aplikasi kurikulum dan praktikal.PENDAFTARANIbu bapa yang ingin mendaftarkan anak Sindrom Down mereka di Pusat Nasional KDSF perlu mengisi borang maklumat peribadi serta melampirkannya dengan dokumen berkaitan seperti sijil lahir dan laporan perubatan."Berbeza dengan pendapat umum, mendaftar anak Sindrom Down di Pusat Nasional KDSF bukanlah mahal. Kalau ibu bapa tak mampu, mereka boleh membuat rayuan untuk pengurangan pembayaran," kata Heng.Terdapat tiga program di Pusat Nasional KDSF.Program Stimulasi Peringkat Bayi adalah sekali seminggu selama satu jam, manakala Program 'Toddler' atau kanak-kanak ialah tiga kali seminggu dengan setiap sesi berlangsung selama dua setengah jam.Program Pendidkan Khas ialah empat kali seminggu dan setiap sesi merupakan selama tiga jam.Bagi yuran bulanan, RM130 ialah untuk Program Stimulasi Peringkat Bayi dan RM160 untuk Program Toddler manakala bayaran untuk Program Pendidkan Khas ialah RM190 sbulan.Kalendar pendidikan Pusat Nasional KDSF menyamai kalendar sekolah kebangsaan. KDSF ditaja sepenuhnya oleh Kelab Kiwanis Kuala Lumpur (KCKL).Bagi sumber kewangan, KDSF bergantung sepenuhnya kepada KCKL serta sumbangan orang ramai serta badan-badan korporat dan swasta. Ia juga mengadakan aktiviti seperti Hari Sukan pada 16 Mei ini dan juga Pesta Tahunan pada bulan Ogos.Pusat Nasional KDSF terletak di Lot 13490, Jalan Jenjarum, Off Jalan SS23/1, Taman Sea,47400 Petaling Jaya, Selangor.Angie Heng boleh dihubungi di 03-7803 0179 9 (faks: 03-7806 462). Keterangan lanjut boleh didapati dengan melayari www.kdsf.org.my (e-mel:[email protected]). - BERNAMA