LUKISAN seperti juga manuskrip, buku dan foto, boleh dijadikan bahan dokumentasi sejarah dan rujukan bagi mendapatkan informasi tentang perkara berkaitan dengan sejarah, budaya dan persuratan.Selain itu, lukisan juga dapat merakam semangat dan jiwa zaman yang dilukiskan, di samping ekspressi diri pelukis itu sendiri.Menyedari perkara ini, satu pameran lukisan bertema Wajah-Wajah Malaysia diadakan di Myarthost Gallery oleh sekumpulan pelukis bebas bermula 16 Ogos lepas.Pameran ini bercerita mengenai kisah masyarakat Malaysia dan apa yang menjadikan mereka orang Malaysia.Ramai yang lupa susur galur asal mereka bila terlalu mengejar kemodenan tetapi anak Malaysia sebenar akan selalu ingat yang kita tidak akan berada di sini kalau bukan kerana asal usul kita.Pameran ini menampilkan pelukis-pelukis dari kalangan komuniti myarthostgallery.com seperti Hariri Yusof, Taib (AUR), Md Nor Bidin, Adi Sakinah Omar, Nur Yasmin Mohd Nordin dan Rasyidah Maharam @ Zulkepli dan disokong oleh seniman terkenal Azman Yusof dan Latif Maulan. KEPELBAGAIANTidak semua orang dapat melihat suasana dan kepelbagaian wajah-wajah Malaysia, terutamanya anak muda, jelas Hariri Yusof, 42 tahun."Contohnya potret wanita petani, beca dan kanak-kanak bermain wau. Mungkin 10 tahun akan datang, ini semua sudah tidak ada," katanya sambil berharap dengan adanya lukisan seperti ini, kekayaan budaya rakyat Malaysia dapat dipelihara.Apa yang dipaparkan dalam pameran ini memberi makna dan sesuai dengan tema Wajah-Wajah Malaysia, katanya.Pameran yang sudah dirancang semenjak Februari lepas ini sengaja memilih lukisan yang bercirikan realisme supaya masyarakat senang memahami.Di Malaysia, lukisan bercirikan realisme kurang mendapat tempat, malah cukup kurang galeri yang menyokong karya seperti ini. Galeri Myarthost antara yang memberi tempat kepada pelukis dari genre ini, jelas Hariri.Lebih 20 lukisan yang dipamerkan kebanyakan juga dihasilkan oleh bakat pelapis yang masih belum menonjol dan boleh diketengahkan bakatnya bagi memberi peluang kepada generasi muda.Lebih istimewa lagi, walaupun di bawah satu tema yang sama, medium yang digunakan para pelukis berbeza seperti cat air, cat minyak, akrilik dan arang. LAMBANG JATI DIRI DAN SEMANGATHariri, yang juga merupakan seorang guru, memilih tajuk 'impian' dan kanak-kanak sebagai subjek utama dalam koleksi lukisannya."Ia menunjukkan satu kelahiran baru. Dari muda lagi dah ada impian. Kanak-kanak juga mesti diterapkan semangat nasionalisme. Ada satu lukisan bayi yang memegang keris. Itu bagi saya lambang jati diri dan semangat. Dunia semakin lama makin berubah, semakin banyak cabaran. Kalau tiada jati diri kita rapuh," jelasnya yang mengambil masa purata seminggu untuk menyiapkan satu karya.Seorang lagi pelukis yang terlibat dalam pameran ini Rasyidah Maharam @ Zulkepli, 28, pula memilih subjek yang menggambarkan kepelbagaian masyarakat dan etnik di Malaysia.Faktor kesesuaian dengan medium pilihan turut diambil kira oleh pelukis yg berasal dari Johor ini."Saya selesa menggunakan arang kerana suka dengan penggunaan warna yang terhad. Ia melambangkan kehidupan saya yang sederhana," jelasnya.Rasyidah yang melukis potrait wanita kadazan dan anak orang asli untuk pameran ini tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang senilukis.Malah ini baru kali kedua Rasyidah menyertai pameran. Ketika percubaan pertamanya di Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2009, Rasyidah menerima Anugerah Khas Juri dan ini membakar semangatnya untuk lebih banyak berkarya."Saya terharu sebab bakat saya diterima. Sebenarnya saya dah 8 tahun tak melukis. Semenjak menyertai myarthostgallery.com dan mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari Latif Maulad, baru ada keyakinan sedikit. Saya nak terus bergiat aktif dalam pameran, lagipun penglibatan wanita dalam bidang ni sangat sedikit," katanya. PENGALAMAN HIDUP LUAR NEGARASementara itu, pengalaman hidup di luar negara menjadikan dua pelukis muda Adi Sakinah Omar, 19, dan Nur Yasmin Mohd Nordin, 24, semakin cinta dan yakin pada keunikan Malaysia.Adi Sakinah yang kini menetap dan belajar di Glasgow, Scotland, UK berkata kalau di luar negara, rakyat Malaysia lebih bersatu."Mungkin sebab di sana orang agak racist. Mereka tak biasa hidup berbilang kaum," katanya yang pertama kali didedahkan suasana berpameran di Malaysia.Sakinah yang sering menyertai pameran di Glasgow berasa sungguh bertuah dapat menyertai pameran ini justeru mengukuhkan lagi jati dirinya sebagai rakyat Malaysia.Memilih untuk melukis potret ibunya dalam pakaian petani serta potret adiknya, lukisan-lukisan ini seperti mengingatkan dirinya kepada tanah kelahiran. Sekalipun mereka sekeluarga tinggal di luar negara, ciri-ciri anak Malaysia tidak pernah berubah.Ini turut dipersetujui Nur Yasmin yang mengatakan rakyat Malaysia mudah menyesuaikan diri di luar negara kerana kita sudah biasa hidup rukun damai dalam suasana berbilang kaum dan pelbagai agama.Graduan sains bangunan dari New Zealand ini lazimnya melukis pemandangan untuk dijual ketika masih belajar dahulu."Untuk pameran kemerdekaan ini saya tukar buat potret sebab ia lebih bermakna. Salah satu lukisan saya ialah potret seorang anak orang asli. Kalau dilihat, lukisan tu kasar. Saya guna banyak pallete knife dan warna-warna primitif. Saya nak tunjukkan betapa daif dan kasar hidup anak orang asli," kata Nur Yasmin yang juga pengarah projek untuk projek perumahan orang asli di Ulu Kinta.Sengaja saya ketengahkan mereka supaya kita sedar ada lagi dari kalangan kita belum maju dan tidak merdeka dari kemiskinan. Apalah erti kemerdekaan kalau tidak bebas daripada kemiskinan, jelas Yasmin lagi. BERNAMA