Para sukarelawan yang mengambil bahagian dalam program ICC di Melaka pada tahun lepas.PETALING JAYA: Sampah di laut merupakan salah satu masalah pencemaran yang paling berleluasa pada zaman ini. Sungguhpun begitu, ia boleh dicegah dengan adanya kesedaran tinggi daripada masyarakat.Bagi para sukarelawan Program “Pembersihan Persisiran Pantai Antarabangsa” (International Coastal Cleanup, ICC), walaupun hasil kutipan sampah yang banyak itu menggambarkan keadaan laut di negara ini semakin merosot, namun ia berjaya memupuk komitmen yang tinggi untuk memuliharakan laut.Dengan membersihkan persisiran pantai, warga Malaysia yang prihatin dapat membantu melindungi laut daripada ancaman perubahan cuaca, pencemaran, penangkapan ikan yang berlebihan, serta kerosakan habitat marin.Program ICC yang diketuai oleh pertubuhan Ocean Conservancy menampakkan setengah juta sukarelawan di lebih daripada 100 negara menjalankan aktiviti membersihkan pantai dan kawasan perairan dengan mengutip berjuta-juta paun sampah.Aktiviti ini yang diadakan pada bulan September setiap tahun merupakan salah satu projek pemuliharaan sukarela yang terbesar dan paling berkesan di dunia.Tambahan pula, bilangan penyertaan sukarelawan semakin meningkat dari tahun ke tahun.Di Malaysia, program ini diterajui oleh jenama kosmetik, The Body Shop, dengan kerjasama syarikat Coca-Cola itu berjaya mengumpul seramai 600 anggota sukarelawan dari Semenanjung Malaysia telah mengumpul 28,186 sampah seberat 1.8 tan pada tahun lalu.Antara bahan buangan yang paling banyak dijumpai adalah rokok dan penapis rokok (36 peratus), pembalut and bekas makanan (14 peratus) dan beg plastik (12.7 peratus).Pengarah Urusan The Body Shop, Datin Mina Cheah-Foong beliau berbesar hati dan pada masa yang sama sedih selepas aktiviti pembersihan dijalankan."Setelah bertahun-tahun menganjurkan program ICC di Malaysia, saya berasa terkilan apabila melihat peningkatan jumlah sampah yang dikumpulkan."Akan tetapi, pada masa yang sama, saya amat berbesar hati dengan peningkatan bilangan sukarelawan yang bertungkus lumus dalam aktiviti ini, dan juga dengan perubahan dalam diri kita untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik lagi," katanya.Menurut Mina Cheah, tahun ini program itu akan memberi penekanan kepada ancaman plastik buangan terhadap hidupan laut. Malah baru-baru ini, program ICC berjaya merawat dan melepaskan tiga penyu Hawksbill kembali ke laut.Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awan Coca-Cola Malaysia, Kadri Mohamed Mohamed Taib berkata, syarikat Coca-Cola amat komited dalam usaha perlindungan and pemuliharaan sumber air."Atas dasar itu, kami menjadi rakan global ICC selama 13 tahun berturut-turut. Kami berharap sokongan yang berterusan dalam program ICC dapat mengatasi cabaran alam sekitar ini," katanya.Katanya lagi, selain mengutip sampah, para sukarelawan turut mengumpul maklumat tentang bahan buangan yang mengancam laut dan sumber air untuk menentukan punca dan faktor pencemaran laut.Dengan menghasilkan laporan yang terperinci, ia diharap dapat mendidik anggota masyarakat untuk menghindari perbuatan merosakkan dan mencemarkan air laut.Mereka diharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan dan swasta untuk sekali gus mengatasi isu pencemaran.Tahun ini merupakan ulangtahun ke-25 bagi program pembersihan ICC. Pada tahun ini, aktiviti pembersihan persisiran pantai Malaysia akan diadakan pada 25hb September 2010, di Sepang Gold Coast.Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Love Your Body, The Body Shop. Yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut daripada mana-mana kedai The Body Shop yang terdekat ataupun institusi pendidikan tinggi yang terlibat.