KUALA LUMPUR: Kebelakangan ini, beberapa barangan keperluan harian seperti ayam mengalami kenaikan harga. Musim perayaan yang baru lepas di mana permintaan untuk barangan kegunaan harian telah naik dengan mendadak dikatakan sebagai antara punca kenaikan harga tersebut.Bagaimanapun ada warga pengguna yang mengadu mereka agak keliru dengan harga yang tidak konsisten pada sesetengah barangan.Seorang daripada mereka, Ahmad Bahrain seorang pendidik, dari Jalan Klang Lama dekat sini berkata: "Saya boleh faham jika berlakunya perubahan harga pada barangan seperti bahan api (petrol dan disel) tetapi yang saya tak faham adalah harga yang tidak konsisten pada barangan seperti lampin pakaibuang kanak-kanak.Ahmad mengadu harga pada barangan itu berbeza dengan begitu ketara daripada satu pasaraya hiper dan pasaraya hiper yang lain."Saya boleh faham dan terima jika satu pasaraya hiper menjual dengan harga yang berbeza dibandingkan dengan satu pasaraya hiper yang lain. tetapi bila pasaraya hiper di rangkaian yang sama (sama cawangan) menawarkan sesuatu barangan itu dengan harga yang berbeza, pengguna akan mendapat gambaran sesuatu yang tidak kena," katanya kepada penulis baru-baru ini. TANDA HARGA YANG TIDAK KONSISTENPenulis bersetuju dengan rungutan yang disuarakan Ahmad.Dua minggu sebelum Ramadan, penulis berkunjung ke sebuah pasaraya hiper dekat sini dan membeli lampin pakaibuang kanak-kanak pada harga RM28.90 untuk satu pek. Setelah satu minggu dalam bulan puasa, beliau pergi pula ke satu pasaraya hiper yang lain (di bawah rangkaian yang sama) berdekatan ibu kota tetapi kali ini beliau dapati jenama lampin pakaibuang yang serupa dijual pada harga RM34.90.Beliau lalu kembali kepada pasaraya hiper yang pertama dengan harapan untuk membeli lampin pakaibuang yang lebih murah di situ tetapi terperanjat bila melihat produk itu dijual pada harga RM38.90 untuk setiap pek (tidak sampai sebulan sebelum itu ditawarkan pada RM28.90), satu kenaikan sebanyak RM10.00 satu pek.Kehairanan dengan perbezaan harga yang begitu ketara, penulis menanyakan masalah itu kepada seorang penyelia yang bertugas.Jawapan yang diberi adalah agak samar. "Mungkin masa itu kami (pasaraya hiper) sedang menawarkan promosi bagi barangan itu," jawab penyelia itu merujuk kepada harga RM28.90 yang ditawarkan tidak sampai sebulan sebelum itu.Dua minggu selepas Hari Raya, penulis sekali lagi pergi ke pasaraya hiper yang sama yang beliau kunjungi sebelum bulan Ramadan kerana telah kehabisan lampin pakaibuang untuk anaknya.Kali ini lampin pakaibuang jenama yang sama dijual pada harga yang ditawarkan pada asalnya iaitu RM28.90 bagi satu pek dan tidak lagi RM38.90.Satu pengurangan sebanyak RM10.00! Dan telah kembali pada harga yang mula-mula ditawarkan (ketika artikel ini ditulis).Pelik tetapi benar! Lampin pakaibuang kanak-kanak telah mengalami turun-naik harga sebanyak RM10.00 dalam masa sebulan? Adakah harga barangan seperti lampin pakaibuang juga dipengaruhi harga pasaran yang volatil seperti harga petrol?Jadi apa yang dikatakan oleh Ahmad (tentang harga barangan pengguna yang tidak konsisten) rupa-rupanya benar juga.GUNA HAK ANDAMenurut aktivis pengguna Gurmukh Singh: "Jika barangan ditanda dengan harga yang salah, anda berhak untuk tidak membeli barangan itu pada harga berkenaan."Bila anda keluar membeli-belah, sama ada untuk barangan harian atau yang lain, anda berhak untuk menjangkakan harga-harga yang dipamer adalah tepat dan betul."Tetapi itu tidak bermakna sesebuah kedai perlu pada setiap masa menjual sesuatu produk pada harga yang anda telah lihat. Maknanya harga itu boleh berubah pada masa dan ketika yang lain."Penjual mestilah mempamerkan harga barangan dengan jelas," kata beliau.Kata beliau, undang-undang merangkumi harga pada segala produk yang ditawarkan sama ada barangan itu sedia ada, atau di katalog dan iklan, atau 'on-line'.Apa terjadi bila harga yang ditawarkan tidak tepat?"Menurut Akta Perihal Dagangan, adalah satu kesalahan bagi peniaga memberikan harga yang tidak betul atau mengelirukan dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang."Bagaimanapun jika harga produk dilabelkan dengan salah, contohnya harga satu produk tidak secara sengaja tersalah letak label RM3.99 padahal harga sebenarnya RM399, maka anda tidak berhak mendapatkan harga barangan itu pada harga salah itu," katanya.HAK PENGGUNA"Bila peniaga menawarkan sesuatu produk untuk dijual, maka beliau menjemput anda untuk membeli barangan itu. Beliau juga boleh menolak hajat anda untuk membeli."Untuk mendapatkan satu kontrak yang sah, peniaga sepatutnya perlu menerima tawaran anda untuk membeli. Jadi hak anda bergantung kepada proses penjualan itu," kata beliau.Dalam kesilapan melabelkan harga produk, peniaga boleh mengatakan satu kesilapan telah berlaku dan ini akan membuatkan kontrak jualan itu batal, kata Gurmukh."Tetapi bila peniaga menjualkan sesuatu barangan pada harga yang salah, seperti harga yang lebih rendah, transaksi itu dikira sebagai sah dan anda boleh memiliki barangan itu. Peniaga tidak boleh memaksa anda membayar harga lain kemudiannya," kata beliau.Menurut Gurmukh lagi, ia adalah satu perkara biasa kini bila banyak pasaraya hiper dan kedai mempamerkan harga bandingan dengan stor yang lain tentang harga sesetengah produk."Peniaga mestilah memastikan perbandingan yang dibuat adalah tepat dan betul serta terkini. Harga yang dibandingkan mestilah barangan yang sama dan mempunyai jenama yang sama," ulas beliau. -BERNAMA