suria

Kapal Korek Bijih Timah Tarikan Pelancong di Perak

Kapal korek bijih timah yang terletak di antara Tanjung Tualang dengan Batu Gajah yang dalam proses membaiki kecacatan kapal tersebut untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan utama sempena Tahun Melawat Perak 2012. Kapal korek bijih timah berada di Perak sejak 1913 dan ia merupakan kapal korek pertama diperkenalkan di negara ini. --fotoBERNAMA.

BATU GAJAH: Kapal korek bijih timah yang dibaikpulih akan menjadi produk tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Perak tahun depan.

Fasa pertama kerja mengapungkan satu-satunya kapal korek tersebut akan siap sepenuhnya awal minggu ini, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman memberitahu pemberita di sini, Rabu.

Katanya, sebanyak RM420,000 diperuntukan di peringkat awal bagi kerja baik pulih kapal korek berkenaan yang berada di sebuah lombong di Tanjung Tualang, Batu Gajah di sini.

"Sebahagian daripada kapal korek yang sebelum ini senget dan tenggelam telah dapat diapungkan dan kerja pembaikan berjalan lancar sebagai usaha memastikan peninggalan sejarah itu berada dalam keadaan sempurna. "Ini bagi mempastikan segala aspek terutama keselamatan ditentukan sebelum dibuka kepada pelancong tahun depan," katanya.

Hamidah berkata peruntukan diperoleh daripada pelaksanaan tabung program 'Save The Dredge' dengan kerjasama kerajaan negeri dengan pengusaha bijih timah bagi memulihara satu-satunya kapal korek bijih timah yang masih ada di negara ini.

Menurutnya, fasa kedua dan ketiga dijadual selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini melibatkan kerja baik pulih lain termasuk mengecat.

Hamidah berkata kerja berkenaan juga melibatkan proses membaiki kerosakan pada kapal korek sebelum dibuka untuk dilawati pelancong terutama sempena Tahun Melawat Perak 2012.

Beliau berharap kapal korek itu akan menjadi antara produk pelancongan yang mampu menambah kehadiran pelancong ke negeri ini.

Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan syarikat kontraktor baik pulih bertujuan mengindahkan lagi lanskap sekeliling kapal korek itu yang berada di Perak sejak tahun 1913 dan merupakan kapal korek pertama diperkenalkan di negara ini.

Ia dihadiahkan oleh Malaysian Mining Corperation (MMC) kepada kerajaan negeri Perak sekitar tahun 1990an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancong. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain