suria

Tanamera Manjakan Ibu Selepas Bersalin

Semua produk Tanamera berasaskan 100 peratus bahan semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia. -Foto BERNAMA.
Semua produk Tanamera berasaskan 100 peratus bahan semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia. -Foto BERNAMA.
Semua produk Tanamera berasaskan 100 peratus bahan semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Ia 100 peratus daripada bahan semula jadi. Dari kandungannya hinggalah ke bungkusannya, semua produk adalah mesra alam, menggunakan kertas kitar semula tanpa peluntur yang sekali lagi boleh dikitar semula.

Produknya pula tanpa sebarang pewarna tiruan, pewangi, tiada toksik dan tanpa pengawet.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Tanamera dicipta khas untuk penjagaan selepas bersalin. Ia berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.

"Kami yakin dengan rangkaian produk Tanamera yang berasaskan amalan Asia sejak turun-temurun dan rawatan tropika. Ia dibungkus khas untuk rawatan selepas bersalin di rumah," kata Rosnah Ramly, Pengarah Urusan Tropical Secrets Sdn Bhd.

Tropical Secrets Sdn Bhd menjadi pengedar eksklusif rangkaian produk Tanamera itu di Malaysia dan negara-negara Timur Tengah sejak Mei 2011.

Ketika Mengandung

Kebanyakan wanita berkahwin berasa amat teruja apabila diberitahu doktor mereka hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Tidak kiralah jika untuk kesekian kali pun, berita ketibaan ahli baru sesuatu keluarga itu merupakan berita yang menggembirakan para ibu dan bapa.

Selalunya, usaha menjaga anak dalam kandungan itu melebihi usaha menyediakan si ibu untuk proses kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

"Tanamera telah mencipta rangkaian produk khas untuk perkembangan positif wanita mengandung. Ini kerana ibu yang sihat lebih mudah menghadapi cabaran menjaga ahli baru keluarganya," kata Rosnah.

Set lepas bersalin Tanamera untuk penggunaan selama 30 hari berharga RM360 termasuk caj penghantaran.

Tanamera, dari perkataan "tanah merah", merupakan syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada 2000.

Produknya berasaskan rawatan tropika Melayu dan Asia, dengan bahan-bahannya dari tanah subur hutan hujan tropika.

Produk Tanamera boleh didapati di spa terkemuka sekeliling dunia seperti di Jerman, Denmark, Rusia, Jepun, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Penjagaan Selepas Bersalin

Orang yang paling penting dalam proses kehamilan dan kelahiran adalah ibu itu sendiri.

Seorang ibu sanggup mengenepikan keperluannya untuk berehat, sembuh dan segar semula selepas kelahiran semata-mata untuk memberi perhatian kepada keperluan cahaya mata barunya.

Tempoh berpantang sebenarnya bermula sebaik selepas kelahiran anak, maka ia tidak harus diambil mudah atau diabaikan.

Bagi ibu-ibu di negara Asia, tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya 30 hari.

Dalam tempoh ini, tubuh seorang ibu mula kembali kepada bentuk asal sebelum hamil. Ini termasuk perubahan dari segi tahap hormon dan saiz uterus.

Pada masa ini, kebanyakan ibu di negara Asia akan menjaga pemakanan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping mendapatkan rawatan tradisional untuk membantu pemulihan keadaan fizikal dan mental mereka kepada asal.

Terdapat 11 produk dalam set lepas bersalin Tanamera yang bertujuan membantu pemulihan ibu yang baru bersalin.

"Set ini amat bermanfaat kepada wanita muda dan moden yang ingin mengamalkan cara berpantang tradisional di rumah mereka. Ia menawarkan program rawatan pemulihan semula jadi yang mudah untuk diikuti," kata Tammy Loo, rakan kongsi di Tropical Secrets Sdn Bhd.

Minyak Kelapa Dara Produk utama rangkaian penjagaan ini adalah VCO, atau pun minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil).

"Adalah disarankan untuk menggunakan VCO ketika mengandung untuk kesan regangan dan juga selepas bersalin untuk memudarkan kesan parut. VCO bersifat antiseptik dan melembabkan. Ia juga membantu menguatkan tisu perantara," nasihat Rosnah. VCO elok disapu dua kali sehari selepas mandi.

Kesan terbaik boleh didapati dengan mengurut minyak ke atas kulit yang lembab.

Set selepas bersalin Tanamera memuatkan satu botol 100ml Cold Press VCO.

Sebaik-baiknya botol VCO itu disimpan di tempat yang sedikit panas.

"Sedimentasi mungkin berlaku akibat proses semulajadi pemendakan herba, sekiranya suhu tempat penyimpanan di bawah 24 darjah Celsius," kata Rosnah.

VCO juga boleh diminum sebelum bersalin kerana ia dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran. Loo berkata mengurut kawasan perineum dengan VCO sebelum bersalin juga dipercayai mempercepatkan pembukaan serviks untuk kelahiran.

Khazanah

Produk Tanamera dihasilkan di kilang di Kuala Selangor.

Ia melambangkan gabungan tiga budaya di Malaysia yang menitikberatkan penjagaan selepas bersalin.

Selain penjagaan dalam pantang Melayu tradisional seperti mengurut dan pengambilan herba, ia juga memasukkan elemen penjagaan selepas bersalin ayurvedik India. Mandian herba dan nutrisi Cina pula menyediakan penjagaan diri secara holistik selepas bersalin.

Set selepas bersalin Tanamera antara lain juga mengandungi minyak urut herba untuk perjalanan darah, teh herba, air bunga lavender, sabun badan formulasi perang, pes adunan herba, pencuci wanita, skrub badan Boreh, mandian herba dan bengkung.

Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal.

Untuk hasil terbaik, produk-produk ini harus digunakan dalam tempoh masa dua tahun. Ia hanya menggunakan herba sebagai bahan pengawet.

"Produk kami diakui oleh Kementerian Kesihatan dan setelah memasuki pasaran antarabangsa, ia melalui saringan ketat seterusnya untuk membuktikan ia selamat digunakan, tertakluk kepada undang-undang kesihatan di negara berkenaan," kata Rosnah.

Produk selepas bersalin Tanamera boleh didapati online di www.tanamerapostnatal.com. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain