KUALA LUMPUR: Seorang banduan mungkin mudah berputus asa; dunia dan keluarganya sudah tidak menaruh harapan padanya lagi, kawan-kawan pula mungkin tiada, tapi ada seorang ini mengatakan harapan itu tetap ada dan walaupun dalam penjara, banduan boleh menemui ketenteraman jiwa dan kebebasan di situ.Orang yang menawarkan harapan seperti itu adalah Prem Rawat, yang dikenali di seluruh dunia sebagai "Duta Keamanan" dan beliau berada di sini baru-baru ini untuk menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup Asia Pacific Brands Foundation.Program Pendidikan Keamanan (PEP) yang dikendalikannya menyaksikan ketenteraman jiwa wujud bukan sahaja di institusi pengajian tetapi juga di penjara-penjara seluruh dunia.Program sukarela ini membolehkan banduan menjalani proses unik pemulihan membabitkan penemuan diri, dan membuka harapan bagi kehidupan yang bermakna, di dalam dan di luar penjara.PEP, yang diasaskan oleh Prem Rawat Foundation (TPRF), membantu dalam usaha-usaha bantuan kemanusiaan Rawat di seluruh dunia. Ia merupakan sebuah program pendidikan berasaskan kepada media yang membantu para peserta meneroka kemungkinan mencapai ketenteraman jiwa, dan untuk menemui sumber dalam diri iaitu untuk hidup seperti kekuatan dalaman, pilihan, penghargaan dan harapan.PERUBAHAN POSITIF PADA BANDUANProgram ini yang dikendalikan bersama pasukan sukarela, pertama kali diperkenalkan di penjara, lima tahun yang lepas. Hari ini ia telah diterima di 28 penjara di 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Sepanyol, Ireland dan Australia.Antara kemusykilan besar yang dihadapi masyarakat adalah menghalang banduan daripada terjerumus semula dalam jenayah selepas dibebaskan, lantas meneruskan dengan kegiatan jenayah yang mengancam masyarakat.Harapan beliau adalah program ini akan memanfaatkan segmen lebih besar masyarakat dengan membantu membawa perubahan pada penjenayah, jenayah dapat dikurangkan, selain kos kewangan dan sosial yang berkaitan dengannya.Para warden penjara bukan sahaja melaporkan perubahan positif dalam kalangan banduan yang menyertai program ini, tetapi juga bilangan banduan yang kembali ke penjara berkurangan. Oleh kerana itu program ini kini menarik minat akademik daripada University of Texas.Prem Rawat, yang lebih dikenali kerana mesej keamanannya yang unik, yang beliau sampaikan kepada audien daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia, menerusi acara-acara langsung 'Words of Peace' (kata-kata yang mendamaikan/mententeramkan jiwa) di peringkat global, televisyen dan siri ceramah, menunjukkan mengapa PEP boleh dianggap sebagai pendekatan pemulihan berkesan di penjara.PROGRAM WORDS OF PEACE DITERIMA BAIKSementara audien beliau dalam siaran langsung 'Words of Peace' adalah pelbagai - tidak kira penuntut universiti, peserta biasa persidangan keamanan tempatan atau orang kenamaan di forum-forum antarabangsa - terdapat satu persamaan penting iaitu kesemua mereka adalah manusia biasa dan dengan itu memerlukan ketenteraman jiwa.Keperluan ini tiada bezanya antara lelaki dan wanita yang melakukan kesilapan dan membawa mereka ke penjara.Merujuk kepada pelbagai situasi berlainan di mana program ini telah menunjukkan impak, beliau berkata: "Di Taiwan, terdapat satu program di mana anggota polis menyaksikan video itu sebelum keluar melaksanakan tugas."Di Sri Lanka, terdapat satu kem bagi tahanan perang dan (PEP) ini satu-satunya video yang tayangannya dibenarkan.Apabila Colombia memulakan program menghantar balik mereka yang memberontak, inilah apa yang disaksikan oleh mereka sebelum kembali ke pangkuan masyarakat, kata Prem Rawat. "Jadi, ia digunakan dalam pelbagai cara. Kelebihan mesej ini adalah ia cuba menerima orang itu dan mengembalikan elemen-elemen yang hilang dalam dirinya.PEP BERJAYA DI PENJARA "Saya rasa kejayaan PEP di penjara, yang bermula dari awal lagi, adalah kerana kita tidak melihat mereka sebagai banduan. Bagi saya, banduan adalah seperti mereka yang lain dalam masyarakat, dan mesej itu adalah bagi mereka."Ia menunjukkan kepada mereka yang mereka masih hidup dan mempunyai peluang baik dan mereka mempunyai kekuatan dalaman. (Bila) Mereka menemui kekuatan itu, mereka berubah."Harapannya ialah banduan-banduan ini akan menjadi anggota masyarakat yang berguna selepas menamatkan tempoh hukuman.Prem Rawat, menerima anugerah 'The Brand Laureate International Hall of Fame Lifetime Achievement Award' daripada Asia Pacific Brands Foundation di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana kerja bantuan kemanusiaan dan pencapaian globalnya.Khususnya anugerah ini diberikan kerana usaha-usaha keamanannya sejak empat dekad yang lepas.Prem Rawat dalam mengulas mengenai anugerah itu berkata asas kemanusiaan perlu diambil kira dalam mencari penyelesaian bagi pelbagai permasalahan masyarakat.Pada acara itu, yang diserikan dengan kehadiran Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Prem Rawat sekali lagi mengingatkan pentingnya ketenteraman jiwa, yang menjadi asas keamanan dunia.ANUGERAH UNIKPrem Rawat merupakan penerima kelima anugerah Pencapaian Seumur Hidup ini.Antara empat orang yang telah menerima anugerah berprestij ini adalah Nelson Mandela, Hilary Clinton dan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.Sementara itu, PEP, yang sesuai dengan program-program pemulihan sedia ada banduan, terdiri daripada sesi bengkel selama 10 jam yang menumpukan pada pemilihan tema-tema teras ucapan-ucapan Prem Rawat.Tema-tema ini termasuk kesedaran diri, kekuatan dalaman, kefahaman, pilihan, harapan dan penjelasan.Setiap satu mengandungi beberapa segmen video, masa untuk membayangkan diri dan bahan bacaan. Terdapat buku kerja bagi setiap peserta. Tiada ujian dalam program ini kerana program ini rata-rata adalah mengenai penemuan diri sendiri, sesuatu yang unik bagi setiap seorang.Di akhir program ini, para peserta akan ditanya untuk berkongsi pemerhatian akan apa yang mereka telah pelajari, apa yang mereka nikmati, apa yang mencabar mereka dan bagaimana program ini dapat ditambahbaik. Siijil tamat program akan diberikan.Antara ulasan menarik mengenai program ini datang daripada kalangan banduan sendiri dan juga warden penjara.Sementara setiap orang mempunyai kisah tersendiri untuk diceritakan, terdapat satu yang lazim iaitu rasa teruja pada mereka kerana menemui harapan baharu selain kemungkinan menemui ketenteraman jiwa dan kepuasan dalam kehidupan mereka.Di Malaysia, program televisyen 'Words of Peace' kini disiarkan pada saluran Astro 502/Bernama TV setiap Ahad 10 malam. Siri ini, yang memenangi pelbagai anugerah termasuk dua kali daripada Persatuan Komuniti Rangkaian Televisyen Brazil (ABCCOM), dan tempat pertama Anugerah Community Access Magic (CAM) pada 2007, oleh CTV, juga disiarkan di beberapa lagi bandar raya di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Asia dan Australia. -BERNAMA