PUTRAJAYA: Pemimpin Barisan Nasional (BN) berhempas pulas menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Menurut sumber, senarai calon tidak lagi menjadi perkara paling dibimbangkan sebaliknya melakukan tapisan terhadap sejumlah kecil individu di peringkat akar umbi yang mensabatoj parti.Mereka berkata Najib memberi keutamaan untuk mengurangkan pemimpin yang mengecewakan kerana beliau tidak mahu insiden pada 2008 berulang kembali di mana banyak kerusi hilang selepas individu yang tidak dipilih atau disingkirkan sebagai calon melakukan sabotaj.Pada Khamis, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Perak dan Terengganu dan Ketua Menteri Sabah serta Melaka selain Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Penyelaras BN Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.Lebih banyak pertemuan dengan parti dan pemimpin negeri dijadual pada Jumaat.Sumber dalaman yakin isu terutamanya melibatkan senarai calon telah diselesaikan 'sekurang-kurangnya 95% dan semua parti kompenan sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.Seorang pembantu kepada presiden parti komponen BN berkata, bosnya bertemu Najib dua kali minggu lalu dan hampir 90% isu melibatkan senarai calon telah selesai.Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata sesi untuk memuktamadkan persediaan pilihan raya di mana Najib ingin mengetahui perkembangan di setiap negeri dan parti komponen."Kami berjaya menyelesaikan masalah dalaman, isu sabotaj dan memastikan jentera pilihan raya BN akan bekerja keras tanpa mengira siapa calon yang akan bertanding," katanya.Najib dikatakan ingin memastikan program transformasi nasional berjalan dengan lancar di peringkat akar umbi sebelum memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Rakyat.