suria

Pakatan Rakyat Akan Kaji Semula Perjanjian MoU Di LIMA – Mat Sabu

JOHOR BARU: Pakatan Rakyat akan mengkaji semula perjanjian dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kerajaan Barisan Nasional pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) sekiranya Pakatan mengambil-alih Putrajaya, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menambah, para pemimpin Pakatan Rakyat meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja LIMA berakhir.

Mat Sabu mendakwa Kerajaan telah menandatangani kontrak dan MoU bernilai RM4.2 bilion untuk membeli senjata dan kapal terbang untuk pertahanan negara.

"Barisan adalah parti yang semakin terkubur dan ini adalah masa terakhir bagi pemimpin-pemimpinnya akan ‘mencuri’ wang rakyat.

"Apabila kita menjadi kerajaan akan datang, kita akan mengkaji semula kontrak itu," katanya pada ceramah yang diadakan di Bandar Baru Uda di sini lewat malan Jumaat.

Beliau turut menegur keputusan Kerajaan untuk memberi Pakatan masa selama 10 minit di RTM bagi menerangkan manifesto kepada rakyat.

Mat Sabu berkata, masa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi.

Beliau mendakwa Kerajaan akan menggunakan media arus perdana untuk menafikan usaha pembangkang dalam mendekati rakyat.

"Sudah tentu tiada kebebasan akhbar itu di negara ini yang begitu menyedihkan.

"Dalam kajian antarabangsa mengenai kebebasan akhbar baru-baru ini, Malaysia hanya menduduki tempat ke-145 daripada 147 buah negara dan ia meletakkan kita pada tahap yang sama seperti negara-negara Afrika," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain