suria

Dr Juanda Bertanding Di Kangar Atas Tiket PKR

Dr Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya

KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain