Datuk Wan Ahmad Wan OmarPUTRAJAYA: Pengundi pos di luar negara digalakkan menandakan kertas undi masing-masing serta mengeposnya kembali sebaik sahaja mereka menerimanya bagi mengelakkan sebarang komplikasi.Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kaedah berkenaan merupakan salah satu cara paling selamat bagi pengundi pos dan memberi jaminan kertas undi mereka akan tiba di kawasan pengundian masing-masing tepat pada masanya."Ia merupakan kaedah mengundi terbaik untuk rakyat Malaysia di luar negara. Mereka diberikan hak (untuk menghantar kertas undi pos mereka sendiri), namun kita menasihatkan mereka menyerahkan kertas undi berkenaan di pejabat kedutaan Malaysia sendiri."Pejabat kedutaan adalah selamat, anda ada saksi dan pengundi boleh memasukkan kertas undi mereka dalam sampul surat dan kemudian ia dimasukkan dalam sarung undi," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan terhadap undi pos di Wisma Putra pada Selasa.