Khairy menunjukkan laman sosial Facebook, BNYJF 2013 ketika sidang media BNYJF di PWTC, baru-baru ini. Bersamanya ialah Pengerusi BNYJF Nazir Hussin Akhtar Husin. Pameran kerjaya terbesar sentiasa ditunggu-tungu oleh golongan belia itu akan diadakan di PWTC dari 27 hingga 29 September ini. -fotoBERNAMAKARNIVAL Kerjaya Belia Barisan Nasional (BNYJF) 2013 yang masuk tahun ketiga penganjurannya kali ini menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan dan beberapa nilai tambah kepada golongan belia.Bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 September ini, pameran kerjaya terbesar di Malaysia ini dapat dijadikan platform bagi golongan belia yang terdiri daripada siswazah, graduan muda atau mereka yang kurang serta tidak mempunyai pengalaman kerja mendapatkan peluang pekerjaan.Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pada tahun ini lebih 300 syarikat akan mengambil mengambil bahagian dalam karvival ini."Kita juga menambah sebanyak 120 syarikat yang menjalankan perniagaan secara 'online dan menyediakan sebanyak 30,000 peluang pekerjaan," katanya pada sidang media BNYJF 2013, di PWTC, baru-baru ini.Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata, bagi melicinkan proses dan persiapan karnival ini, jawatan-jawatan yang ditawarkan akan diiklankan di Facebook BNYJF dan aplikasi telefon pintar sebelum acara bermula."Melalui Facebook atau aplikasi yang disediakan, sesiapa yang mahu datang boleh merujuk dahulu atau menyemak kekosongan serta kelayakan yang diperlukan."Ini bermakna, sebelum mereka datang, mereka sudah tahu ke mana mahu pergi, boleh mendaftar awal atau membuat persiapan awal dari beberapa segi," katanya.Bagaimanapun Khairy berkata buat masa ini pemohon tidak dibenarkan menghantar resume terlebih dahulu kepada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian."Tujuan karnival diadakan supaya pemohon dapat bertemu majikan dan majikan dapat melihat sendiri kualiti pemohon."Tetapi proses kali ini berbeza kerana pemohon boleh membuat 'homework' mengenai kerjaya atau syarikat yang mereka pilih melalui maklumat yang diperolehi sama ada melalui Facebook atau aplikasi khas," katanya.Khairy berkata karnival kali ini menyaksikan banyak penambahbaikan dilakukan terutama dari segi teknologi dan aplikasi yang memberikan lebih banyak informasi kepada golongan belia.Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian termasuklah CIMB Group, My E.G Services Berhad, Talent Corp, Bank Islam, Agrobank, Bank Pembangunan, Honda, Mazda, Royal Selangor, Habib Jewels dan banyak lagi.BNYJF pada tahun-tahun terdahulu telah berjaya menawarkan sebanyak 160,000 pekerjaan kepada pelawat yang hadir.