suria

Genting Labur Lebih RM400 Juta Bina Taman Tema Baharu

Kok Thay (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara Resorts World Genting yang diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad Choong Yan (kiri) dengan Twentieth Century Fox Consumer Products yang diwakili oleh Presidennya Godsick (kanan) pada Jumaat.- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd akan melabur sejumlah lebih RM400 juta untuk membina Taman Tema Twentieth Century Fox pertama di dunia untuk menggantikan taman tema lama di Resort World Genting, Genting Highlands.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, berkata pelaburan bagi taman tema itu adalah sebahagian daripada program pengubahsuaian Resort World Genting yang melibatkan kos RM3 bilion yang merangkumi pembinaan 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan Hotel First World.

"Pembangunan taman tema berjenama Twentieth Century Fox ini merintis jalan bagi pertumbuhan perniagaan dinamis yang berterusan dan untuk memastikan Resorts World Genting terus menjadi destinasi luar biasa bagi pelancong di dalam dan luar negara.

"Perjanjian ini akan melonjakkan Resort World Genting ke satu tahap lagi dalam bidang hiburan keluarga, menjadikannya dan Malaysia satu daripada destinasi percutian terkemuka di dunia," katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani perjanjian bagi taman tema itu pada Jumaat.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia, Datuk Lee Choong Yan, menandatangani bagi pihak syarikat itu manakala Twentieth Century Fox diwakili oleh Presiden Barangan Penggunanya, Jeffrey Godsick.

Lim berkata taman itu, yang dijadualkan siap pada 2015, akan menggandakan bilangan pengunjung daripada 20.5 juta setahun sekarang.

Beliau berkata taman yang akan dibina di atas tapak seluas 10 hektar itu, akan menampilkan lebih 25 permainan dan tarikan.

Menurutnya, sebelum pembinaan taman tema itu, taman tema luar sekarang akan ditutup mulai 1 September.

Bagaimanapun, beliau berkata penutupan itu tidak banyak menjejaskan prestasi kewangan syarikat itu kerana ia akan membawa masuk lebih banyak pameran antarabangsa untuk memeriahkan kawasan itu sepanjang tempoh penutupan.

Godsick berkata taman tema itu akan menggunakan 25 hingga 30 hak harta intelek filem termasuk Ice Age, Rio, Predator, Alien dan Life of Pi.

Resort World Genting yang mula beroperasi pada 1978 sebagai Taman Hiburan dan Rekreasi Genting, atau lebih dikenali sebagai Taman Tema Genting itu berkembang daripada tiga permainan kepada 50 permainan dan menarik berjuta-juta pengunjung setahun, termasuk warga asing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mencari Telekung Idaman

Artikel Lain