MAHKAMAH tinggi yang terletak di bandar India di Patna adalah salah satu mahkamah tertua di India. Mahkamah tinggi ini menangani kes-kes sivil dan jenayah dari negeri-negeri atau wilayah kesatuan (wilayah yang ditadbir kerajaan persekutuan). Mahkamah Tinggi Patna adalah salah satu daripada 24 mahkamah di India dan akan meraikan ulang tahun ke seratus tahun pada tahun depan. Roda keadilan berjalan secara perlahan di India - lebih daripada 30 juta kes masih belum selesai di semua mahkamah dan lebih daripada satu perempat daripada itu tidak dapat diselesaikan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun. Mahkamah Tinggi Patna di Bihar terletak di salah satu negeri termiskin di India yang berhadapan dengan beribu-ribu kes setiap tahun. Jurugambar Prashant Panjiar berjaya merakam beberapa keping gambar di mahkamah tersebut. Foto-foto menarik ini disiarkan oleh portal berita BBC baru-baru ini. Mahkamah Tinggi Patna dibuka pada Mac 1916. Hakim-hakim telah berpakaian gaun merah, rambut palsu, seluar hitam dan stokin sutera. Jurutaip sedang menjalankan tugas di luar bangunan utama. Seorang petisyen sedang bercakap dengan peguam di mahkamah. Mahkamah India mengalami kekurangan hakim yang melambatkan proses keadilan. Seorang peguam tertidur di bilik peguam. Seorang kerani dalam pakaian seragam tradisional. Mahkamah di India menggunakan pakaian, undang-undang dan peraturan pada zaman penjajahan British.