suria

Melihat Diri, Alam Dalam Pameran Tiga Cerita

Antara karya yang dihasilkan Abdullah Jones bertemakan kerbau pada pameran Tiga Cerita di Balai Seni Visual Negara yang berlangsung sehingga 9 Disember ini. Gambar Ihsan Azraie Azahari.

JIKA pada hari perasmian lukisan salah seorang peserta pameran itu habis dibeli, tentu ada sesuatu yang menarik hingga memungkinkan ia berlaku.

Itu antara 'petanda' untuk seseorang meluangkan masa melawat pameran Tiga Cerita di Balai Seni Visual Negara yang sedang berlangsung sehingga 9 Disember ini.

Pameran itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan Habib Jewel, Datuk Meer Sadik Habib pada 20 November lalu.

Tiga Cerita menggabungkan tiga pelukis berbeza, iaitu A Shukri Elias dari Selangor, Abdullah Jones (Pahang) dan Anassuwandi Ahmad (Kedah).

Setiap pelukis membawa tema tersendiri. A Shukri misalnya memberikan fokus kepada lukisan wajah, manakala Abdullah Jones bercerita tentang "Kerbau Yang Membawa Lumpur", manakala Anassuwandi berlegar kepada lakaran hasil pengalaman perjalanan hidup seharian.

Abdullah Jones menggunakan unsur satira dalam karyanya kerana menganggap manusia hari ini semakin kurang kemampuan ketawa, terutama untuk diri sendiri.

"Kita senang mentertawakan orang daripada mentertawakan diri sendiri. Kita sedikit demi sedikit hilang deria jenaka," katanya.

Abdullah Jones juga percaya sebagai seniman, seseorang itu tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti kerana ia hanya akan mengekang mereka menyatakan kebenaran.

"Menyokong boleh, tetapi pada benda yang betul, dan tidak terikat kepada parti politik," katanya.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain