suria

B'Frenz Bantu Promosi Produk, Jenama Usahawan Muslim

PETALING JAYA: TV Alhijrah mengambil inisiatif memperkenalkan program B'Frenz bagi mempromosikan jenama dan produk usahawan Muslim.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar berkata, stesen itu menyokong usaha kerajaan bagi memastikan Perusahaan Kecil dan Sedehana (PKS) kekal menyumbang 5.5 peratus kepada ekonomi negara.

Katanya, jenama usahawan Muslim perlu berdaya saing untuk menguasai sasaran tersebut.

"Kita mahu usahawan Muslim menguasai senarai atas Top Seribu dalam ranking kepenggunaan," kata Izelan.


Sejak kempen itu dilancarkan khusus untuk usahawan Muslim, TV Alhijrah membantu mempromosikan lebih 200 jenama.

Sebahagian besar jenama menikmati kebangkitan peluasan jualan dan edaran selepas membuat pelaburan dengan kos promosi yang rendah tetapi efisien di TV Alhijrah.

"Kami menerima banyak permintaan dalam segmen bersiaran secara langsung di TV. Jadi kami sediakan sejam sehari, program khusus untuk usahawan bercakap mengenai jenama mereka," kata Izelan.

B'Frenz bersiaran selama sejam setiap hari pada 12 hingga 1 tengahari.

B'Frenz, TV Alhijrah, Izelan Basar

Artikel Sebelum

'Rope Walk' Penyeri Pulau Mutiara

Artikel Berikut

Artikel Lain