JIKA dahulu bunga dan coklat sering dikaitkan sebagai umpan untuk memikat hati wanita. Terkini, keunikan ais krim berbentuk kelopak bunga ros hasil kreativiti gadis ini, bernama Zita Lee, bersama rakannya, Syao Tung, boleh dijadikan antara elemen untuk menzahirkan perasaan kasih sayang. Ingin tahu lebih lanjut mengenai ais krim ini, ikuti laporan menarik yang disediakan wartawan mStar TV, Azlina Mazli dan jurukamera, Ahmad Syukry.