APABILA tibanya Aidilfitri, warga kota pastinya akan pulang beraya bersama keluarga dan sanak dan saudara di kampung halaman masing-masing. Tradisi ‘balik kampung’ yang cukup sinonim dengan mana-mana perayaan di negara ini tetap diteruskan walaupun ramai yang terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Namun sejak kebelakangan ini ramai antara kita yang mahukan kelainan dengan mengambil peluang sempena cuti Hari Raya untuk melancong ke luar negara. Adakah tradisi ‘balik kampung' sudah tidak relevan dengan masyarakat moden? Muhammad Sadiq Jamil yang berasal dari Johor ini mempunyai alasan tersendiri mengenai trend makan angin apabila tibanya Aidilfitri.