POST MORTEM perlawanan di antara pasukan Kedah menentang UiTM kali ini lebih menjurus kepada bagaimana pasukan pelawat menggagalkan skuad hijau kuning untuk meneruskan pesta gol. Seperti yang diketahui UiTM bukanlah sebuah lawan yang sukar dan mereka kekal menggunakan strategi permainan yang sama ketika melayan kunjungan pasukan Kedah di laman mereka sendiri tempoh hari. Namun kali ini, UiTM bermain secara direct football yang menggunakan seorang pemain yang bertindak sebagai playmaker. Ianya mirip kepada taktikal yang digunapakai pasukan Pahang tetapi skuad Tok Gajah lebih praktikal dalam formasi 4-1-4-1 yang menggunakan floating striker. UiTM menggunakan Dechi Marcel N' Guessan sebagai playmaker untuk menjadi rantaian daripada centre area ke final third. Akanni Sunday Wasiu adalah titik fokal dalam prinsip menyerang pasukan UiTM yang menggunakan sistem targetman. Tugasan Dechi Marcel mirip kepada Kiko Insa dalam pasukan Pahang yang bertindak sebagai DM dan melakukan pressing di centre area dalam peperangan untuk mendominasi bahagian tengah. Ternyata mereka berjaya dalam strategi ini untuk mengekang dominasi secara total oleh pasukan Kedah yang keterajui Liridon Krasniqi. Falsafah menyerang pasukan Kedah adalah untuk menguasai Zon 14 dan UiTM sedaya mungkin cuba untuk mengelakkan Zon 14 mereka dicerobohi melalui halfspace oleh Kedah kerana jika ini berlaku, mereka akan dibolosi dengan jumlah jaringan yang tinggi. Pelawat juga memaksa Kedah bermain di wide area dan Dechi Marcel tidak membenarkan Liridon Krasniqi bergerak bebas di middle third. UiTM mengamalkan corak permainan yang aggresive dan mengenakan pressing yang tinggi di bahagian tengah untuk menyukarkan pemain-pemain Kedah di centre area untuk bergerak bebas. Ini antara faktor utama mengapa Kedah gagal untuk menghasilkan lebih jaringan dalam perlawanan ini. Bercakap mengenai penghasilan gol oleh pasukan Kedah, Fakri Shaarani semestinya akan menjadi perbualan hangat di kalangan penyokong hijau kuning kerana gagal menghasilkan jaringan walaupun mempunyai peluang terbuka di depan gol (clear cut chances). Ianya lebih kepada keupayaan Fakri sebagai solo striker - Fakri merupakan seorang pemain yang baik tetapi peranan beliau lebih sebagai flanker. Meletakkan Fakri sebagai solo striker bukanlah satu keputusan yang baik memandangkan dia tidak mempunyai ability sebagai penyerang tulen. Ini antara penyebab utama mengapa jentera serangan Kedah tumpul dalam perlawanan ini. Syafiq Ahmad antara pilihan yang terbaik untuk memainkan peranan ini memandangkan pemian muda ini mempunyai kelebihan untuk bertindak sebagai solo striker ataupun untuk bermain dalam taktikal false No 9. Jentera tengah Kedah kelihatan lumpuh apabila presssing yang tinggi dilakukan UiTM FC di middle third sehingga membuatkan Kedah terpaksa memilih untuk menyerang menggunakan bahagian sayap (wide area). Bagaimana UiTM Menyerang Seperti yang dinyatakan di atas, UiTM menggunakan Akanni Sunday sebagai titik fokal dalam sistem targetman. Dechi Marcel bertindak selaku playmaker dan akan menjadi feeder kepada Akanni Sunday. Malangnya serangan mereka mudah dipatahkan oleh backfour Kedah kerana mereka bermain dalam rigid formation. Uitm tidak bergerak dalam satu unit (pembentukan triangle 3 pemain) ketika menyerang dan apabila bola di kaki salah seorang dari pemain mereka, tiada sokongan yang cukup untuk melancarkan (fluid) aliran bola ke final third. Ini menyukarkan Akkani Sunday untuk melakukan jaringan kerana barisan pemain UiTM tidak berjaya menyediakan support yang cukup untuk beliau. Ianya tidaklah begitu buruk kerana UiTM juga mencipta banyak peluang daripada crossing yang dilakukan tetapi backfour Kedah pula bermain dengan baik dan Farhan Abu Bakar juga bertindak dengan cemerlang di gawang skuad tuan rumah. Bermain dalam pace permainan yang tinggi bukanlah satu pilihan yang bijak oleh UiTM kerana mereka berdepan sebuah pasukan yang bertahan dalam satu unit seperti Kedah dan situasi seperti ini mendorong kepada mereka terdedah kepada serangan balas pasukan lawan yang mempunyai Box To Box Midfielder yang juga berperanan sebagai playmaker. Kredit kepada Dechi Marcel yang berjaya membuatkan Kedah gagal mendominasi bahagian tengah secara mutlak. Kesimpulan Pertembungan ini bukanlah sebuah perlawanan yang meghiburkan kerana UiTM bermain secara aggresive dan ianya sedikit sebanyak mengganggu fluidity permainan. Walaupun tewas tetapi UiTM berjaya untuk mengelak gawang mereka dibolosi dengan jumlah jaringan yang tinggi.