TAHUKAN anda, gadget berbentuk android sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada anak-anak sebagai salah satu alternatif bahan bantuan pembelajaran? Tahukah anda, pendedahan gadget pada usia seawal dua tahun adalah sangat berbahaya pada anak-anak? Tahukah anda, anak-anak yang mendapat pendedahan dan penggunaan gadget terlalu awal tidak dapat mempelajari skil motoring dan kognitif tertentu dan melembabkan perkembangan minda? Sebagai ibubapa, kita haruslah peka dengan arus perkembangan teknologi dan baik buruknya sesuatu keadaan itu pada anak-anak kita. Sebaik-baiknya, penggunaan gadget perlu dipantau dan dikawal mengikut usia anak-anak itu sendiri. Bantu anak-anak melayari internet agar mereka dapat ilmu yang bermanfaat dan boleh dikongsikan dalam pembelajaran harian di sekolah. Kaji dahulu sesawang yang sesuai dan kongsi bersama anak-anak sesawang yang tidak sesuai dan nyatakan keburukan melayari sesawang ini dengan jelas. 1. Membenarkan penggunaan gadget sendiri selepas tamat sekolah rendah. Ketika di sekolah menengah, lebihkan penggunaan komputer atau komputer riba. Ini dapat membantu mengurangkan screen time. 2. Membatasi screen time dan pastikan mereka luangkan lebih masa bersama keluarga. Komunikasi adalah sangat penting pada usia anak-anak membesar dan dewasa. 3. Elak menggunakan gadget pada waktu makan, samada di rumah mahupun ketika di restoran dan gerai. 4. Menetapkan waktu untuk menonton televisyen dan menggunakan gadget setiap hari agar anak-anak cukup waktu rehat dan tidur. Antara keburukan gadget 1. Anak-anak boleh terpengaruh dengan ideologi buruk dari internet, berpotensi menjadi korban dari predator yang berkeliaran di internet atau kes penderaan di alam digital. Perkembangan daya fikir dan minda anak-anak kerana pada usia muda ini, mereka sangat mudah terikut-ikut trending kawan-kawan. 2. Membuat anak-anak menjadi lembab dan malas bergerak, sehingga sistem koknitifnya lambat untuk berkembang. Komunikasi juga terganggu dan boleh mengakibatkan sifat suka menyendiri kerana rasa sukar berkomunikasi dengan orang lain. 3. Mempengaruhi perkembangan kesihatan mental dan sosialnya. Anak-anak yang ketagihan internet dan gadget tidak boleh bersosial dan berkominikasi dengan baik di alam maya. 4. Anak-anak akan mula bergantung kepada gadget, dan tidak boleh berdikari dalam menyelesaikan masalah. Menjadi satu kebiasaan dalam updating status dan berbicara bersama rakan-rakan online. Kebanyakkan dari kawan-rakan ini tidak diketahui asal usul dan cara didikan yang diterima. 5. Anak-anak menjadi lembab dan kurang daya fikir kerana minda tidak terlatih akibat dari penyelesaian yang banyak dan mudah boleh dikutip dari sesawang pada bila-bila masa. Jalan penyelesaian yang mungkin tidak sesuai dengan cara didikan agama dan budaya kita. Ibubapa harus selektif dan membatasi screentime anak masing-masing kerana screen time yang berlebihan boleh membawa keburukan pada anak-anak. Kerosakkan deria penglihatan, pendengaran dan pertuturan adalah kesan sampingan yang diterima akibat penggunaan gadget berlebihan. Berikan pendedahan pada sesawang dengan konten yang baik dan bersesuaian dengan peringkat umur untuk perkembangan minda anak-anak yang menyeluruh. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab dan prihatin, kita perlu tegas dalam menetapkan aturan berkaitan memberikan gadget pada anak-anak. Meski pun anak-anak mengeluh dan mengemukankan seribu satu alasan dan asbab, anda harus tetap kuat menerapkan peraturan itu. Anak-anak harus dibiarkan membesar secara normal, dan bersahabat dengan kanak-kanak seumur dengannya. Cara ini membolehkan anak-anak mempelajari skil asas diri dengan baik. Tahukah anda, alam persekolahan memerlukan anak-anak membina ayat pada usia seawal tujuh tahun. Bagaimana anak-anak anda cerdas menimba ilmu dan dapat bersaing dengan baik sekiranya otot-otot jarinya lemah? Dia tidak mampu memegang pensil dengan betul serta sukar menulis dengan lancar lalu terasa ketinggalan dan tidak mahu ke sekolah. Jadikan kesilapan lampau sebagai ikhtibar dan marilah bersama belajar untuk menjadi ibubapa yang lebih peka dan prihatin dalam mengaturkan penggunaan gadget oleh anak-anak.