suria

Macaroon warna-warni ganti kuih bangkit?

GEORGETOWN: Kuih raya moden mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang hari lebaran ini.

Kini, kuih bangkit misalnya bagaikan sudah diganti dengan macaroon kecil yang berwarna-warni.

Pemilik bersama Cake Studio, Azizah Abdullah, 51, berkata, tempahan kuih raya moden meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Ujarnya, kuih raya dengan sentuhan moden sangat popular dalam kalangan pelanggannya.

"Mereka cakap kuih raya tradisional sudah menjadi kebiasaan, mereka mahu sesuatu yang berlainan.

"Saya juga lebih selesa menghasilkan kuih dan biskut moden sebab dah ramai pengusaha tradisional.

"Satu-satunya biskut raya tradisional yang saya hasilkan ialah tart nenas," ujar Azizah sewaktu ditemui di studio kek miliknya di Jalan Mahsuri, Baya Baru.

Menurut Azizah, dia menghasilkan 10 jenis kuih raya dengan bantuan keluarganya pada tahun ini.

Selain macaroon kecil berwarna-warni dengan inti kacang tanah, dia turut menghasilkan biskut red pearls dan biskut craving oreo.

"Biskut signatur kita pastinya Hawaiian dengan biskut yang mengandungi nutella, hazelnut, coklat putih dan parutan kelapa.

"Kami mula membuat biskut ini dua minggu sebelum Ramadan dan tempahan sudah pun ditutup.

"Saya menggunakan bahan berkualiti tinggi dan kebanyakannya adalah resepi saya sendiri," ujarnya.

Menurut Azizah lagi, selain sekitar Pulau Pinang, kuih rayanya dihantar ke Kuala Lumpur.

Dia menyasarkan untuk menghasilkan 1,000 kotak biskut yang setiap satunya mengandungi 50 keping, untuk pasaran Pulau Pinang.

Setiap biskut berharga antara RM28 dan RM32.


















macaroon, kuih bangkit

Artikel Berikut

Artikel Lain