PUTRAJAYA: Seorang pelajar cicir yang melakukan sumbang mahram pada usia 16 tahun ke atas adik perempuannya enam tahun lepas, akan menghabiskan zaman remaja di penjara setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 24 tahun dan tiga sebatan.Kuorum tiga anggota yang disidangi oleh Hakimhakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Datuk Zainun Ali dan Datuk Sulong Matjeraie sebulat suara menolak rayuan remaja itu agar mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara lapan tahun atas tiga kesalahan sumbang mahram dengan hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 11 September 2004. Pihak pendakwaan berjaya dalam rayuannya agar ditambah hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja itu menjalani tiga hukuman penjara itu berturut-turut.Remaja itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman lebih ringan kerana katanya ia tidak mendapat pelajaran agama pada masa ia melakukan kesalahan itu.Hakim Foong berkata mahkamah berpendapat jika ia (mahkamah) mengurangkan hukuman penjara, ia akan memberikan mesej yang salah kepada orang ramai dan manamana pesalah sedemikian, yang mahkamah anggap serius, akan dikenakan hukuman ringan jika didapati bersalah.Hakim Foong memberitahu remaja itu supaya belajar agama semasa di penjara dan mengenali mana yang baik dan yang buruk dan bertaubat.Selepas diberikan pertimbangan untuk hukuman yang diringankan, remaja itu akan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan dijangka keluar dari penjara pada 2020 bila ia berusia 34 tahun. BERNAMA