suria

Kastam rampas nercun dan bunga api bernilai RM216,090

SEREMBAN: Bahagian Pencegahan, Kastam Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM216,090 berikutan penahanan sebuah lori di kawasan rehat Hentian Senawang (arah selatan), Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, semalam.

Pengarah Kastam Negeri Mohd Kassim Ismail berkata lori itu dikesan apabila pemandunya tibatiba memberhentikan kenderaannya sebelum kawasan operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di situ kirakira 5.20 petang.

"Pasukan kastam terkejut dengan tindakan pemandu itu dan terus cuba mengejarnya tetapi gagal kerana dia telah melarikan diri dengan melompat penghadang jalan dan terus menghilangkan diri ke dalam semak di tepi lebuh raya itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati lori itu bermuatan 325 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis seberat 6,757 kilogram yang dianggarkan bernilai RM216,090 dan cukai yang terlibat dianggarkan RM140,458.

Mohd Kassim berkata siasatan awal mendapati kesemua mercun dan bunga api itu diseludup masuk dari China untuk pasaran tempatan sempena musim perayaan ini.

Sepanjang tahun ini, katanya 10 kes yang melibatkan penyeludupan dan pengedaran mercun dan bunga api berjaya ditumpaskan oleh Bahagian Pencegahan, Kastam Negeri Sembilan.

"Ia melibatkan nilai rampasan RM1.9 juta dan cukai yang cuba dielakkan sebanyak RM1.3 juta. Seramai enam orang telah disiasat dan dikenakan tindakan undangundang berkaitan dengan penyeludupan dan pengedaran mercun dan bunga api," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain