[DIKEMAS KINI, 7.45 petang] PERKEMBANGAN di lokasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini (Ahad, 7 Disember 2008): - 7.30 petang: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. - 7.10 petang: Kenderaan pertama keluar ialah Mercedes Benz E240 - melalui jambatan jenis DR90 sepanjang 26 meter, yang mampu menampung muatan seberat 70 tan. Ia dibina oleh Kor Jurutera Tentera Darat yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan.- 6.45 petang: Penduduk yang terkandas di Taman Bukit Mewah boleh membawa keluar kenderaan menerusi jambatan sementara siap dibina pihak tentera. Penduduk berkenderaan bersiap sedia untuk membawa keluar kenderaan masing-masing.- 5.30 petang: Polis mengesakan lagi tiada mangsa dikesan berada bawah timbunan tanah runtuh.- 4 petang: Tentera sedang memulakan kerja-kerja membina jambatan di longkang besar berhampiran Apatmen Riverdale menggunakan jentera dan kelengkapan khas tentera.- 3 petang: Operasi diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap.- 1 tengah hari: TNB masih belum dapat memulihkan semula bekalan elektrik ekoran kerja-kerja membersihkan runtuhan tanah berjalan dengan perlahan berikutan hujan dan pergerakan tanah. Talian khas TNB 15454.- 1 tengah hari: Bomba mengumumkan satu lagi masih berada dalam timbunan tanah runtuh.- 1 tengah hari: Angkatan Tentera Malaysia sedang berusaha untuk mencari laluan alternatif baru bagi memudahkan penduduk dari taman perumahan dan kawasan pangsapuri berhampiran kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa untuk berpindah.- 11.00: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap atau tertimbus.- 9.30 pagi: Operasi disambung semula.- 9 pagi: Sidang media Ketua Polis Selangor mengesahkan operasi terpaksa dihentikan buat sementara waktu.- 6 pagi: Masih ada 20 penghuni yang enggan mengosongkan kediaman mereka.- 6 pagi: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan ekoran gerakan tanah.