KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin mengangkat sumpah sebagai senator untuk penggal kedua hari ini.Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dalam satu upacara ringkas sebelum sesi soal jawab persidangan Dewan Negara bermula di sini. "Sambil memberi perhatian kepada isu-isu menyentuh negara pada keseluruhannya, Datuk Armani telah dapat mewakili kepentingan negeri Sabah yang beliau wakili dengan begitu baik...saya mengucapkan syabas," kata Abdul Hamid ketika mengalu-alukan pemilihan semula itu.Armani, 51, seorang bekas guru, juga adalah Exco Wanita Umno, Ketua Wanita Umno Bahagian Libaran dan Pengarah Syarikat Lanjut Abadi Sdn Bhd. BERNAMA