suria

Bangkai yu paus terdampar di pantai Teluk Bahang

YU PAUS Orang ramai meilhat bangkai ikan yu spesis "Yu Paus" yang terdampar di tepi pantai Kampung Nelayan Teluk Bahang di Pulau Pinang hari ini.

Ikan seberat kira-kira 2 tan dan sepanjang 6.8 meter itu tersangkut pada pukat nelayan berhampiran Pulau Kendi pada pukul 3 pagi tadi.

Menurut seorang nelayan, Keh Chai Yang, 55, ikan yu itu tersangkut pada pukat ketika dia bersama tiga rakan menangkap ikan di perairan itu.

Mereka cuba mengangkat ikan berkenaan ke dalam bot tetapi gagal kerana terlalu berat dan terpaksa menarik ikan berkenaan ke tepi pantai.

Menurut Keh Chai lagi, bangkai ikan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk tindakan selanjutnya. -- fotoBERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain