KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri warga Indonesia, masing-masing dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mereka mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menipu seorang pengurus syarikat berjumlah RM208,272.47.Agus Djunara, 58, dan isterinya Andi Putri Zahara, 57, mengaku menipu Mohammad Arshad Othman, 67, dengan mendakwa mereka boleh "mencuci dosa" mangsa dan keluarganya sehingga mendorong pengurus syarikat itu menyerahkan wang tunai RM208,272.47 kepada mereka antara 12 Julai 2007 hingga 7 November 2007. Mereka juga mengaku menipu Mohammad Arshad dengan menyerahkan dua buah beg dan sebuah kotak yang kononnya mengandungi sejumlah wang tunai sedangkan sebenarnya hanya berisi dua keping RM100, dua keping 50 dolar Singapura, beras dan gula untuk dilaburkan dalam syarikat milik Mohammad Arshad pada September 2007.Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan keduadua mereka menjalani hukuman dari tarikh tangkap iaitu Andi dari 31 Mac 2008 manakala Agus dari 15 November 2007.Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Anslem Fernandis memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kerana mereka telah menggunakan agama bagi tujuan menipu dan melibatkan jumlah wang yang besar.Bagaimanapun peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu, M.Visvanathan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap Andi, kerana anak guamnya itu hanya menuruti katakata suaminya.BERNAMA