PETALING JAYA: Kesemua 90 calon yang layak bertanding jawatan utama kepimpinan pusat Umno telah diminta mengembalikan borang penerimaan tawaran bertanding sebelum 20 Februari ini bagi mengelakkan pencalonan terbatal.Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat tawaran kepada semua calon yang layak bertanding telah mula diedarkan oleh ibu pejabat Umno sejak Khamis lalu. "Surat-surat tawaran untuk calon bertanding sudah kita edarkan," katanya.Pemilihan akan berlangsung sempena perhimpunan agung tahunan hujung Mac ini.Bagi calon-calon yang gagal mengembalikan borang dengan lengkap sebelum berakhirnya tarikh yang ditetapkan, pencalonnan mereka akan terbatal dengan sendirinya, kata beliau ketika dihubungi mStar Online.Selain itu borang pelantikan wakil calon untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan turut disertakan dan perlu dikembalikan dalam tempoh yang sama.Bagi pemilihan kali ini, lima jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli MT.Hanya jawatan Presiden menyaksikan tiada pertandingan apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi calon tunggal yang melepasi minimum 58 kuota pencalonan.Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatannya.Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri juga mengadakan pemilihan - berlangsung sehari sebelum perhimpunan agung Umno. Berikut adalah senarai calon-calon yang layak bertanding: PENGERUSI TETAP1. Badruddin Amiruldin – Jerai 2. Che Onn Ismail – KaparTIMBALAN PENGERUSI TETAP1. Mohamad Aziz – Sri Gading2. Badruddin Amiruldin – Jerai3. Ahmad Bhari Abdul Rahman – Selayang4. Mohd Ali Hassan – Tebrau5. Che Onn Ismail – Kapar6. Abdul Raman Suliman – Parit Buntar7. Rizuan Abdul Hamid – Kepong8. Azumu Tak – Ipoh BaratPRESIDEN1. Mohd Najib Tun Abd Razak – Pekan (Menang tanpa bertanding)TIMBALAN PRESIDEN1. Muhyiddin Mohd Yassin – Pagoh2. Mohd. Ali Mohd. Rustam – Bukit Katil3. Muhammad Muhammad Taib – Kelana Jaya NAIB PRESIDEN1. Hishammuddin Tun Hussein - Sembrong2. Ahmad Zahid Hamidi – Bagan Datok3. Mohd Shafie Apdal – Semporna4. Mohamed Khaled Nordin – Pasir Gudang5. Syed Hamid Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi6. Mohd Isa Dato Abd Samad – Telok Kemang7. Rais Yatim – Jelebu8. Jamaludin Dato Mohd Jarjis – Rompin9. A. Rahim Tamby Chik – Kota MelakaAHLI MAJLIS TERTINGGI1. Noh Omar – Tanjong Karang2. Mohd Zin Mohamed – Sepang3. Musa Aman – Libaran4. Mustapa Mohamed – Jeli5. Abdul Ghani Othman – Ledang6. Ismail Sabri Yaakob – Bera7. Zainal Abidin Osman – Nibong Tebal8. Azian Osman – Ipoh Timur9. Tajuddin Abdul Rahman – Pasir Salak10. Adnan Yaakob – Bentong11. Azalina Othman – Pengerang12. Abd. Latiff Ahmad – Mersing13. Mohamad Hassan – Rembau14. Sharil @ Shahrir Ab Samad – Johor Bahru15. Mahdzir Khalid – Padang Terap16. Ahmad Husni Mohd Hanadzlah - Tambun17. Hamzah Zainudin – Ipoh Barat18. Ahmad Shabery Cheek – Kemaman19. Mohd Puad Zarkashi – Batu Pahat20. Noraini Ahmad – Parit Sulong21. Zulhasnan Rafique – Setiawangsa22. Awang Adek Hussin – Bachok23. Mohamad Norza Zakaria – Wangsa Maju24. Mohd Johari Baharum – Kubang Pasu25. Shahidan Kassim – Arau26. Idris Haron – Tangga Batu27. Abd Aziz Sheikh Fadzir – Baling28. Anifah Aman @ Haniff Bin Amman - Kimanis29. Lajim Ukin – Beaufort30. Shaziman Abu Mansor – Tampin31. Zambry Abd Kadir – Lumut32. Saifuddin Abdulllah – Temerloh33. Ahmad Said – Kemaman34. Idris Jusoh – Besut35. Md Alwi Che Ahmad – Ketereh36. Syed Ali Abbas Alhabshee – Cheras37. Md. Isa Sabu – Kangar38. Moktar Radin – Kinabatangan39. Abdul Latiff Mirasa – Bagan40. Hilmi Yahaya – Balik Pulau41. Abdul Azeez Abdul Rahim – Baling42. Norraesah Mohamad – Balik Pulau43. Hasan Malek – Kuala Pilah44. Raja Ropiaah Raja Abdullah – Petaling Jaya Utara45. Jamaludin Dato Mohd Jarjis – Rompin46. Shahrizhat Abdul Jalil – Kepong47. Abdul Rahman Bakar – Marang48. Abdul Aziz Shamsuddin – Gopeng49. Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Manan – Kampar50. Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar - Larut51. Halimah Mohamed Sadique – Tenggara52. Ghazali Ibrahim – Padang Terap53. Masidi Manjun @ Masdi – Ranau54. Astaman Abdul Aziz – Wangsa Maju55. Ishak Ismail – Seremban56. Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali – Gerik57. Siti Zaharah Sulaiman – Paya Besar58. Md Salleh Md Said – Kota Belut59. Subahan Kamal – Selayang60. Zahidi ainul Abidin – Padang Besar61. Adnan Wan Mamat – Kuantan62. Azhar Ibrahim – Kepala Batas63. Abdullah Md Zin – Besut64. Mohd Radzi Sheikh Ahmad – Kangar65. T. Putera T. Awang – Hulu Terengganu66. Azimi Daim – Kulim – Bandar Baharu67. Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri – Kuala Nerus68. Sazmi Miah – Machang69. Mohamed Jin Samsudin – Bukit Gantang70. Lilah Yasin – Jempol71. A Rahim Tamby Chik – Kota Melaka72. Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi