suria

ADUN Bebas: DAP minta Hee fikir semula keputusan

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong supaya memikirkan semula keputusannnya keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil Bebas.

Lim yang kesal dengan tindakan Hee itu yang sebelumnya merupakan anggota DAP, menegaskan, Hee sepatutnya memikirkan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi oleh rakyat kepadanya pada pilihan raya umum lepas.

"Kami berharap agar beliau dapat memikirkan semula keputusannya.

"Kalau tidak menyertai semula parti sekurang-kurangnya beliau tidak mengambil keputusan yang boleh mengabaikan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Hee beserta dua orang lagi wakil rakyat PKR, iaitu Adun kawasan Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, telah keluar daripada parti masingmasing untuk menjadi wakil Bebas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Behrang dianiaya PKR?

Artikel Lain