KUALA LUMPUR: Sebanyak 16,697 daripada 40,124 bas sekolah yang beroperasi di seluruh negara gagal mengikut tahap piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Pusat Perkhidmatan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, bas sekolah wajib menjalani ujian pemeriksaan setiap enam bulan di Puspakom. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Khairudin Yusof menegaskan langkah tersebut perlu dipatuhi oleh setiap pengusaha bas bagi memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan selamat dan mematuhi spesifikasi undang-undang yang ditetapkan.Jelas beliau, antara masalah bas yang telah dikenalpasti ialah tayar botak, masalah brek, sisitem ekzos bocor, gangguan nombor enjin, tempat duduk penumpang rosak dan pintu kecemasan tidak berfungsi dengan baik."Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya berhati-hati apabila memilih perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak mereka."Cara paling mudah untuk mengenal pasti tahap keselamatan itu adalah dengan melihat perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh Puspakom pada cermin hadapan kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.Beliau turut menasihatkan pengusaha atau pemilik bas lebih prihatin dengan melakukan pemeriksaan bas masing-masing ke Puspakom sebelum tiba tarikh pemeriksaan yang ditetapkan."Perkara ini perlu dipandang serius dan oleh pengusaha dan pemilik bas kerana mereka kerana ia melibatkan nyawa anak-anak kita dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.Tambahnya, bersempena dengan musim cuti sekolah akan datang pengusaha bas yang membawa rombongan ke destinasi jauh dinasihatkan untuk menghantar bas tersebut ke Puspamkom menjalani ujian pemeriksaan yang telah ditetapakan.Jika ibu bapa masih ragu-ragu mengenai keselmatan bas sekolah masing-masing, pengusaha bas mahupun ibu bapa boleh menghubungi Puspakom di talian bebas tol 1-800-88-6927 untuk mengetahui status semasa bas yang digunakan itu.