SAH... Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Roslan Yahaya (kanan) menunjukkan kedudukan bahagian itu selepas di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya pagi tadi. PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti - pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon. Tempoh berkempen adalah selama lapan hari.Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulau Pinang.Dengan keputusan itu, ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan menetapkan jumlah penyokong yang boleh dibawa setiap parti yang bertanding pada hari penamaan calon selepas pihaknya melawat pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam. MAKLUMAT SEPINTAS LALU:Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit MertajamJumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluranJumlah petugas: 242 orangJumlah pemilih berdaftar: 15,384 orang (15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos)Pecahan pengundi mengikut kaum: Melayu (72.68%), Cina (24.22%), India (2.39%) dan lain-lain (0.71%) "SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009."Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya.Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).