KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot nelayan Vietnam bersama 19 awak-awak nelayan asing termasuk dua orang tekong ketika sedang menangkap ikan secara haram di perairan negara pagi semalam.Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu Komander Maritim Syed Mohd Fuzi Syed Hasan berkata tangkapan dilakukan oleh Bot Kilat APMM yang diketuai Bentara Kanan Maritim Rifin Stehpen bersama enam anggota semasa mereka sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Terengganu. "Semasa menjalankan operasi lebih kurang lima batu nautika dari pelantar minyak Resak, Bot Kilat menjumpai sebuah bot nelayan Vietnam yang mengalami kerosakan enjin kirakira pukul 11.30 pagi," katanya kepada pemberita di pejabat APMM di Pulau Kambing di sini hari ini.Beliau berkata bot menggunakan nombor pendaftaran CM 99258 TS yang ketika itu berada kira-kira 47 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu kemudiannya ditahan bersama 10 orang awak-awak.Syed Mohd Fuzi berkata kirakira sejam kemudian, Bot Kilat sekali lagi terserempak dengan sebuah bot nelayan Vietnam bersama sembilan awak-awak termasuk seorang tekong yang ketika itu sedang menangkap ikan kira-kira sembilan batu nautika dari pelantar minyak yang sama atau 51 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu.Beliau berkata lima tan hasil tangkapan laut yang dianggar bernilai kirakira RM15,000 dirampas hasil penahanan keduadua buah bot itu.Syed Mohd Fuzi berkata pemeriksaan juga mendapati kesemua nelayan yang berumur antara 16 dan 49 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.Katanya, bot mereka kemudiannya diiring masuk ke Jeti APMM Kuala Terengganu pagi ini dan kesemua nelayan itu akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM1 juta untuk tekong, dan RM100,000 bagi seorang awak-awak."Operasi akan ditingkatkan kerana kami percaya banyak lagi botbot nelayan asing menjalankan kegiatan penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan di sini," katanya.Syed Mohd Fuzi berkata sembilan buah bot dan 86 orang nelayan Vietnam ditahan diperairan Terengganu sejak awal tahun ini. BERNAMA