PETALING JAYA: Hari ini genap usia Umno 63 tahun, satu usia yang cukup matang dalam mengharungi perjuangan khususnya membawa bangsa Melayu ke arah kecemerlangan dan kemajuan tanpa menidakkan kepentingan agama yang menjadi landasan mengikut acuan budaya ketimuran.Bersempena ulang tahun sambutan tersebut satu majlis kesyukuran akan diadakan di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memimpin sejak hubung Mac lalu. Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota Majlis Tertinggi dan wakil pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka turut hadir dalam majlis yang diajngka bermula seawal pukul 7 malam.Berikut adalah atucara yang dipaparkan dalam laman blog rasmi Umno hari ini, majlis sambutan ulang tahun akan dimulakan solat maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin, tahlil dan doa kesyukuran.Selepas itu, upacara menaikkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti sempena majlis ulangtahun Umno yang ke-63 akan diadakan.Lebih istimewa, majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang dan Perdana Menteri dijangka menyampaikan anugerah tersebut. Majlis sambutan ulang tahun Umno diakhiri dengan jamuan makan malam.Umno mengadakan pemilihan hujung Mac lalu.