KOTA BAHARU: Lebih 200,000 bekas tentera tidak bersetuju sekiranya bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Mohamad Abdul Ghani.Beliau berkata, sekiranya kerajaan membenarkan bekas pemimpin parti komunis itu kembali, ini bermakna kerajaan dilihat sudah melupakan keganasan Chin Peng yang membunuh ramai anggota tentera ketika itu. Beliau turut membayangkan bahawa pemimpin itu merupakan punca yang menjadikan lebih 3,000 anggota tentera cedera dan terbunuh."Saya masih ingat darah anggota pasukan keselamatan negara yang tidak berdosa mengalir di bumi sendiri angkara kekejaman komunis membunuh dan mencederakan," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.Mohamad berkata, pengalaman menentang komunis sukar dilupakan malah kegiatan musuh negara itu menyebabkan ramai ibu menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim piatu."Saya bagi seluruh warga tentera dan yang sudah bersara membantah kemasukan semula Chin Peng ke dalam negara sekalipun penjenayah itu sudah tua," katanya. BERNAMA