KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menolak ajakan untuk berbahas secara terbuka yang dibuat oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Beliau berkata ia hanya membuang masa. "Saya tidak nampak sebab mengapa perlu membuang masa untuk berbahas yang tidak akan menyelesaikan masalah."Nampaknya perbahasan umum menjadi idea pembangkang untuk menyelesaikan sebarang masalah negara," katanya dalam laman blognya www.ongteekeat.net yang ditulisnya hari ini dari China ketika mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat negara itu.Beliau berkata beliau telah pun menjelaskan isu PKFZ yang telah disiarkan media.Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur yang mendakwa Ong bertanggungjawab ke atas isu berkenaan, mencabar Ong untuk berbahas mengenainya."Ia akan menjimatkan banyak masa orang ramai demi memenuhi kepentingan ahli politik," kata Ong. BERNAMA