suria

Ahmad Lebai kembali terajui Umno Pokok Sena

BEBAS ... Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin (kanan) menunjukkan surat Keputusan Lembaga Disiplin yang membebaskanya daripada pengantungan selama dua tahun pada sidang media. Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Datuk Ahmad Lebai Sudin kini kembali menjadi Ketua Umno Bahagian Pokok Sena selepas rayuannya terhadap penggantungan keanggotaannya selama dua tahun bermula 17 Dis 2008 ditarik balik oleh Lembaga Disiplin Umno.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad berkata keputusan penarikan balik penggantungannya itu dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 2 Jun.

"Saya akan berusaha sedaya upaya merapatkan barisan kepimpinan di semua peringkat dan harap dapat sokongan semua pihak," katanya.

Sementara itu, Datuk Syed Ali Syed Rastan yang sebelum ini memangku jawatan ketua Umno Bahagian Pokok Sena sepanjang tempoh penggantungan Ahmad, kembali memegang jawatan sebagai timbalan ketua Umno bahagian berkenaan.

Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Ahmad selama dua tahun bermula 17 Dis 2008 setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihan raya Umum ke-12.

Ahmad memimpin Umno Bahagian Pokok Sena sejak 1998 selepas mengalahkan penyandang jawatan ketika itu, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim. BERNAMA

Artikel Lain