KUALA LUMPUR: Seorang ahli bina badan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki pistol dan peluru tanpa permit.Rudi Salleh Ruslan, 34, didakwa memiliki sepucuk pistol di 451613 Menara Orkid, Bandar Baru Sentul, pada pukul 2.45 petang, 27 Mei lalu dan 87 butir peluru 9 mm jenama Thai Arms di tempat dan pada masa yang sama. Bagi pertuduhan memiliki pistol, dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1971 dan Akta Senjatapi 1960 bagi pertuduhan memiliki peluru yang masingmasing memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan tidak lebih enam sebatan serta penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.Hakim Zainal Abidin Kamarudin tidak memberikan ikat jamin dan menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula kes itu.Di mahkamah yang sama, seorang penganggur mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki sepucuk revolver Smith & Wessen dan 71 butir peluru.Abdul Aziz Buang, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Kompleks Titiwangsa, Jalan Tembeling, Sentul dan di No n24.15 di Nova Apartment, Jalan 8/38a, Taman Sri Sinar Segambut di antara pukul 9 pagi hingga 1 petang, 27 Mei 2009.Abdul Aziz bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan memiliki enam butir peluru di Kompleks Titiwangsa.Hakim Zainal Abidin tidak menetapkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula kes.Selepas itu, Abdul Aziz turut dihadapkan ke Mahkamah Majitret bagi menghadapi dua pertuduhan menjual dua pucuk pistol kirakira dua bulan lalu.Tiada pengakuan direkodkan.Bagi pertuduhan pertama Abdul Aziz didakwa menjual sepucuk pistol kepada Rudi di Kompleks Sukan Titiwangsa, Jalan Tembeling pada pukul 10 pagi di antara 1 April dan 30 April lepas.Dia juga didakwa menjual sepucuk pistol kepada Hussar Mohamed, di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini, pada pukul 1.30 tengah hari di antara 1 April dan 30 April lepas.Bagi keduadua kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 7, Akta Senjatapi 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan Majistret Suhaily Samsudin menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula kes. BERNAMA