SEDIH..Zahra gagal mengawal emosinya dan terpaksa ditenangkan oleh ibunya,Haniza Mohamed apabila dia gagal menamatkan renangannya merentasi Selat Inggeris ekoran faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Foto THE STAR Oleh: CHOI TUCK WO.Zahra gagal tamatkan renangan rentasi Selat InggerisDOVER: Perenang muda negara, Zahra Masoumah Abdul Halim terpaksa menghentikan renangannya pada pukul 6.20 petang waktu London ekoran air pasang dan tiupan angin kencang melanda Selat Inggeris. BERITA TERDAHULUDOVER (Britain): Zahra Masoumah Abdul Halim terpaska berenang mengharungi ombak besar dan arus yang kuat.Namun demikian, gadis berusia 17 tahun ini tetap memiliki semangat juang yang tinggi untuk memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama merentasi Selat Inggeris.Pada pukul 1 pagi waktu tempatan (6 petang waktu London), Zahra masih bersemangat untuk menghabiskan separuh lagi renangannya walaupun telah 12 jam berenang tanpa henti."Dia terpaksa mengharungi arus yang kuat dan ombak yang tinggi," kata Pengerusi Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) Muqharabbin Mokhtarudin yang turut berada dalam boat yang mengiringi Zahra sepanjang ekspedisi tersebut.Muqharabbin turut memberi kata-kata semangat dan nasihat ketika memberinya minuman untuk memulihkan staminanya.Dia berharap kata-kata semangat itu mampu meningkatkan moral Zahra untuk berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Selat Inggeris.Semalam, Zahra mula berenang merentasi Selat Inggeris dari Dover ke Calais pada pukul 6.07 pagi (1.07 petang waktu Malaysia).Keberanian Zahra menyeberangi pantai Shakespeare di saat fajar menyinsing akan memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama menakluk selat tersebut.Pemerhati daripada Channel Swimming & Piloting Federation (CS&PF) hadir untuk menyaksikan Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi selat Inggeris ke Calais di Perancis semalam.Ayah Zahra, Abdul Halim Manaf, jurulatih Arof Amar dan Muqharabbin turut serta dalam bot yang mengiringi Zahra.Dalam perbualan telefon beberapa jam dia memulakan ekpedisinya, Zahra berharap rakyat Malaysia akan mendoakan dia berjaya merentasi Selat Inggeris tersebut.Jika Zahra berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6km, dia merupakan rakyat Malaysia ketiga melakukakannya selepas Datuk Abdul Malik Mydin dan Dr Lennard Lee pada tahun 2003 dan 2004 yang pernah berenang di selat yang sama sebelum ini.