MIRI: Kakitangan editorial pejabat sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Cina di bandar Bintulu, kira-kira 270 kilometer dari sini, diarah berada di rumah selepas seorang daripada wartawan akhbar itu disahkan influenza A (H1N1) hari ini.Bernama difahamkan arahan itu dibuat oleh pengurusan akhbar berkenaan atas nasihat Jabatan Perubatan Bahagian Bintulu bagi mengelak penularan wabak itu. Wartawan berusia 34 tahun itu baru pulang dari lawatan ke China dan Hong Kong pada 2 Julai sebelum dia mengalami selesema dan sakit tekak dua hari kemudian.Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh memberitahu pemberita di Sibu bahawa kes di Bintulu itu adalah yang ke-10 dicatat di negeri ini.Berikutan pengesahan itu, pesakit kini dirawat di wad pengasingan Hospital, Bintulu, katanya. BERNAMA