HUBUNGAN... Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu bercakap melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu. Perbualan selama 20 minit itu membincangkan pelbagai persoalan yang melibatkan kepentingan bersama Malaysia dan Amerika Syarikat. --fotoBERNAMABERIKUT adalah pendekatan, dasar dan program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak menerajui kerajaan pada 3 April lalu. PEMBAHARUAN DAN PENCAPAIAN Kesejahteraan Rakyati. Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakanii. Melakukan tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat- Kawasan-kawasan yang telah dilawati ialah Vista Angkasa, Kg. Kerinchi, Jalan Petaling, Puduraya, Brickfields, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Pasar Kraf Kota Kinabalu, Pasar Besar Kota Kinabalu, Kg. Bintawa, Kuching, Pasar Malam Sibu dan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.iii. Mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyativ. Mengumumkan kerajaan akan mengambil alih Sabah Medical Centre dengan harga RM280 juta untuk menampung keperluan rakyat Sabah yang meningkat di hospital-hospital kerajaanv. Mengarahkan langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpurvi. Mengarahkan supaya pembinaan kawasan letak kereta yang baru dibina di Jalan Tuanku Abdul Rahmanvii. Mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segeraviii. Meminta agensi kerajaan yang terlibat memperbaiki kemudahan di Puduraya demi keselesaan penumpangix. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum Hak Asasi dan Kebebasan Mediai. Membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri.ii. Menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilaniii. Mengumumkan akan mengkaji ISAiv. Membebaskan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk para pemimpin Hindrafv. Media diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab Ekonomi dan Kewangani. Melakukan liberalisasi ke atas 27 subsektor perkhidmatanii. Mengumumkan liberalisasi sektor kewanganiii. Mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilioniv. Melancarkan laman web pakej rangsangan ekonomi untuk membolehkan rakyat memantau pelaksanaan projekv. Mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pengeluaran lesen kepada para peniaga kecil dan penjajavi. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negara yang akan mencari jalan untuk membentuk modal ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan nilai tinggivii. Meminta bank terus mengeluarkan pinjaman kepada peniaga agar perniagaan mereka tidak terjejas pada masa sekarangviii. Menubuhkan Danajamin yang akan menyokong kerjasama dalam pasaran modalix. Melaksanakan deregulation ke atas garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)x. Menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal awal RM500 juta sebagai institusi pelaburan baru dalam negaraxi. Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat antarabangsa Pemodenan Dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awami. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri dan semua sektor kerajaan.ii. Modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan bekerja di GLCiii. Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan perlu diringkaskan, tidak meleret-leret dan tidak terlalu memakan masa yang panjangiv. Menjadikan Bidang Keputusan Utama Nasional (KRA) sebagai kaedah baru dalam pentadbiran kerajaan untuk memacu negara ke tahap lebih berjaya. Ia akan digabungkan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)v. Mengumumkan KPI dan KRA akan dijadikan asas untuk melonjakkan kecekapan perkhidmatan awamvi. Memperkenalkan sambutan Hari Inovasi menggantikan Hari Q (Kualiti) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1987vii. Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan akan dinaikkan pangkat (176,066 orang)viii. Menggubal dua skim baru dan naik taraf 8 skim perkhidmatan (20,637) bermula 1 Julai 2009 Politiki. Mengarahkan kajian dilakukan ke atas perlembagaan Umno dan sistem pemilihan parti supaya lebih ramai ahli terlibat dalam urusan pemilihan pucuk pimpinan sekali gus dapat membendung gejala politik wang Sosiali. Menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negaraii. Mengumumkan peningkatan peruntukan pembiayaan perumahan bagi generasi kedua Feldaiii. Mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi pekerja yang kehilangan pekerjaaniv. Mencadangkan penubuhan Baitulmal Kebangsaan dan memperkasakan Baitulmal negeriv. Skop dan peranan PEMUDAH diperluaskan termasuk melibatkan hal perumahan, jenayah dan pengangkutan Pembangunan Baru i. Mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembangunan tenaga nuklear dan sumber tenaga baru di negara ini berasaskan teknologi hijau.ii. Meminta kajian dilakukan terhadap cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bertujuan melonjakkan pembangunan di timur Johor khasnya dan Wilayah Pantai Timur amnya Dasar Luar i. Melakukan lawatan rasmi ke Chinaii. Melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin negara-negara jiran terdekat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura