suria

Agong dan Raja Permaisuri hadir majlis amal santapan diraja

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis amal santapan diraja di Hotel Istana di sini, malam tadi.

Majlis anjuran Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Youth) itu bertujuan untuk membantu serta memberi sumbangan kepada golongan belia yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim.

Majlis santapan itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Yang Dipertua Youth Mohd Irwan Rizal. Tuanku Mizan turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada Asrama Penyayang Nur Iman dan Rumah Anak Yatim Shifa' pada majlis itu. BERNAMA

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan