suria

Wang Raya RM37.23 juta untuk peneroka Felda - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Pengagihan wang raya itu, bermula sejak tahun 2003.

"Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Felda di sini semalam.

Najib berkata seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta, katanya.

Beliau berkata perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.

Najib berkata bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Hari Raya Aidilfitri di rancangan-rancangan Felda seluruh negara.

Perdana Menteri berharap agar pemberian itu dapat meringankan beban kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda dalam usaha memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

37 warga asing ditahan di Kg Ladang

Artikel Lain