TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan menyeludp keluar sejumlah 600kg gula pasir ke negara jiran pada Rabu.Pegawai Operasi APMM Tawau, Komander Maritim Amran Daud berkata gula berkenaan dirampas dari lima feri penumpang yang dalam perjalanan ke Nunukan, Indonesia antara 12.30 tengah hari hingga 5.45 petang. "Tiga buah feri masing-masing membawa 200kg, 180kg dan 110kg gula dan dua lagi feri masing-masing membawa 60kg dan 50kg gula pasir," katanya dalam satu kenyataan di sini , Khamis.Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat kerana selepas pemeriksaan tidak ada seorang pun penumpang feri mengaku gula pasir itu milik mereka.Pada 14 Ogos lalu, APMM Tawau merampas 200kg gula pasir dari dua buah feri penumpang yang dalam perjalanan ke negara jiran.Amran berkata APMM Tawau akan meneruskan rondaan dan pemeriksaan di perairan Tawau bagi memastikan tidak ada pihak cuba menyeludup keluar barangan kawalan. BERNAMA