suria

Umat Islam sambut Aidilfitri Ahad

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009," katanya. Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar RajaRaja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 29 tempat pencerapan di seluruh negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain