suria

Agong solat Hari Raya di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama rakyat jelata.

Segak dengan lengkap berpakaian baju Melayu berwarna merah, Tuanku Mizan hadir diiringi Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa orang menteri Kabinet and duta besar asing.

Solat Aidilfitri diimamkan oleh Iman Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad.

Hampir 15,000 rakyat jelata yang meriah dengan pakaian berwarna-warni membanjiri perkarangan masjid negara sejak 7 pagi bagi menunaikan solat Aidilfitri dalam cuaca yang redup.

Mereka juga mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tuanku Mizan dan Najib.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah juga berkenan menerima mengadap Jemaah Menteri, duta-duta dan tetamu kehormat di Istana Negara selepas itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada kematian baru jangkitan H1N1

Artikel Berikut

Artikel Lain