KOTA BAHARU: Tiada penurunan cukai terhadap barangan sensitif, yang antaranya termasuk beras, arak dan rokok menjelang pelaksanaan perjanjian kawasan perdagangan bebas Asean (AFTA) bermula 1 Januari 2010 nanti.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata baranganbarangan tersebut merupakan barangan yang sensitif dan persetujuan telah dicapai antara negaranegara Asean untuk tidak menurunkan kadar cukai yang telah ditetapkan oleh negaranegara terbabit. "Seperti beras, kita tidak akan menurunkan cukai ke atasnya kerana hanya Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang menjadi pengeksport tunggal bagi negara ini."Barangan yang sensitif lain seperti arak dan rokok juga tidak akan diturunkan dan ia telah dibincangkan antara negaranegara Asean," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelajarpelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di sini hari ini.AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN untuk pengeluaran tempatan semua negaranegara yang terlibat.Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN dianggotai enam negara iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja pada 1999 menjadikan AFTA sekarang terdiri dari 10 buah negara Asean.Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing Asean sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam Asean.Mustapa berkata dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan langsung asing ke ASEAN dan pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di Asean serta mewujudkan perdagangan intraAsean."Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industriindustri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelaburpelabur dapat menikmati pengeluaran secara besarbesaran," katanya.Beliau berkata AFTA akan memberikan impak yang positif terhadap ekonomi negara dengan meningkatkan tahap kualiti produktiviti yang menepati piawaian antarabangsa.Beliau berkata sejajar dengan itu, pihaknya juga telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran kepada pengusahapengusaha industri tempatan untuk memberi dorongan dan hala tuju mengenai AFTA."Malahan kita akan teruskan program pendidikan ini kepada semua pihak yang terlibat dalam perdagangan daripada berskala kecil hingga berskala besar agar mereka mengambil kesempatan ini untuk memajukan perniagaan dan industri mereka," katanya. BERNAMA