SEMANGAT AIDILFITRI... Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) sempat menuangkan air kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (kanan). Turut hadir Ketua MCA bahagian Pasir Gudang Tan Cher Puk (kiri) dalam majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya di sini pada Ahad. Foto THE STAR Oleh: FARIK ZOLKEPLI. JOHOR BAHARU: Kementerian Pengajian Tinggi hari ini menegaskan tiada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTs) di negara ini terlibat mengeluarkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara ekspres ataupun palsu.Menterinya Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata berdasarkan laporan yang diterima, tiada juga pensyarah yang memperolehi PhD mereka secara ekspres ataupun palsu dilaporkan mengajar di IPTA dan IPTS di negara ini. "Tiada IPTA mahupun IPTS di negara ini yang terlibat dalam pengeluaran PhD secara ekspres ataupun palsu, begitu juga pensyarah yang memiliki PhD mereka secara ekspres ataupun palsu mengajar di IPTA dan IPTS negara kita," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan hari raya Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang meminta Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada pembelian gelaran seperti "Datuk" dari luar negara atau PhD secara ekspres merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.Rais turut melahirkan kebimbangan terhadap kegiatan itu yang akan melahirkan satu generasi "ilmuwan palsu".Mohd Khaled berkata prosedur pengambilan pensyarah amat ketat dengan kementerian melakukan semakan terhadap kelulusan sebelum seseorang itu diambil sebagai tenaga pengajar di universiti.Anggota Parlimen Pasir Gudang itu berkata, dalam era teknologi maklumat ketika ini, kenyataan Rais yang mudah tersiar di seluruh dunia itu dikhuatiri akan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada sektor pengajian tinggi negara.Sehubungan itu, beliau meminta Rais menjelaskan secara terperinci kenyataannya itu dan menurutnya beliau akan merujuk perkara itu pada mesyuarat Kabinet, Rabu depan.Sementara itu, Mohd Khaled berkata kementeriannya akan melihat pelbagai faktor sebelum memindahkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke kampus tetap yang dirancang di Kuantan, Pahang, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).Beliau berkata buat masa ini kementerian menumpukan soalsoal pembangunan intelektual termasuk pembelajaran dan pengajaran berbanding pembangunan kampus baru."Walaupun kerajaan Pahang mahu beri tanah, tetapi kita kena ambil kira aspek pemantapan pembelajaran dan tidak hanya melihat pembesaran ataupun pembinaan kerana itu bukan ukuran untuk mengukur kedudukan sesebuah universiti."Kita sedang bina bangunan lagi di kampus UPNM di ibu negara untuk menempatkan fakultifakulti. Maka sama ada perlu atau tidak kampus baru, kita tunggu sampai masanya. UPNM adalah universiti baru, bila sudah mantap baru kita ambil kira soal perpindahan," katanya. BERNAMA