suria

Tsunami di Samoa: Kematian kini meningkat 170 orang

APIA: Jumlah kematian akibat bencana tsunami yang melanda pulau-pulau Samoa dan Tonga kini meningkat kepada 170 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih belum dapat dikesan.

Daripada jumlah itu, 129 dilaporkan terbunuh di Samoa, 32 di Samoa Amerika dan sembilan lagi berdekatan pulau di Tonga.

Gempa bumi dengan magnitud 8.0 yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi telah menyebabkan ombak besar melanda kawasan itu.

Menurut mangsa yang terselamat, ombak tersebut menjangkau setinggi 9 meter dan menghempas ke atas rumah-rumah penduduk di pesisir pantai.

"Terdapat mereka yang dibawa ke laut atau tertimbus di bawah runtuhan," katan Vaosa Epa dari Majlis Bencana Kebangsaan.

Katanya, pihak polis telah mengesan mangsa-mangsa yang masih hilang melalui temu ramah dengan keluarga-keluarga merela di kampung yang dilanda tsunami itu. AFP

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia