suria

Warga Nigeria ketawa besar bila hakim jatuh hukuman penjara

SHAH ALAM: Pelik tapi benar. Seorang warga Nigeria telah ketawa besar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana memiliki kokain ketika dalam perjalanan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

Samuel Chuks, seorang penganggur telah ketawa besar sebaik sahaja mendengar penghakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin, hakim Mahkamah Tinggi di sini.

Lebih mengelirukan orang-ramai yang menyaksikan gelagat lelaki Nigeria itu ialah apabila dia pantas bangun lalu memeluk peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan mengangkatnya tinggi.

Samuel didakwa di bawah Section 21(6) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketika ditahan oleh pegawai keselamatan pada kira-kira jam 1.50 petang pada 25 Mei 2002 di KLIA, Samuel sedang menanti penerbangan transit ke Bangkok. Pihak polis telah menemui 573.8gm kokain bersamanya.

Dia sebelum itu tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda.

Hakim Mohd Zaki mengarahkan, hukuman ke atas Samuel berkuatkuasa pada tarikh dia mula ditahan.

Mohd Zaki menegaskan sukar untuk beliau mempercayai yang Samuel tidak tahu menahu yang stoking yang jatuh dari poketnya ketika diperiksa mengandungi dadah terlarang.

Lebih sukar untuk dipercayai kata Zaki ialah apabila Samuel sebaliknya mendakwa bahan yang disahkan sebagai dadah itu sebenarnya adalah serbuk emas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain